spot_img
spot_img

Jangkaan awal keputusan PRK Johor

spot_img

JOHOR BARU: Banyak pemerhati politik meramalkan kemenangan Pakatan Harapan (PH) di kerusi Parlimen Pulai manakala DUN Simpang Jeram boleh dimenangi calon PAS Perikatan Nasional (PN).

Untuk rekod telah terbukti orang Melayu telah menjadi king maker pada 6 PRN baru-baru ini. Tidak mustahil kubu Barisan Nasional (BN) iaitu Johor sejak sekian lama akan mula ‘dirobek’ oleh Perikatan Nasional (PN), terutamanya oleh parti utama mereka PAS.

Bagaimanapun, di kerusi parlimen dan kerusi DUN Simpang Jeram di Bakri, Muar, Melayu tidak boleh menjadi king maker seperti kebanyakan tempat di utara dan pantai timur.

- Advertisement -

Di Pulai, pengundi Melayu 45.4 peratus (75,610), Cina 40.2 peratus (66,524) dan India 12.36 peratus (24,435).

Ini menjadikan jumlah pengundi bukan Melayu kepada 52.6 peratus.

Dapatan majoriti Berita Tular,  Pakatan Harapan (PH) akan memenangi kerusi Pulai, tetapi dengan majoriti tipis, memandangkan senario politik semasa di mana peralihan undian Melayu kepada PN. PH BN hanya mampu berharap sokongan padu bukan Melayu dan sedikit ahli-ahli ‘totok’ UMNO.

- Advertisement -

Tidak dinafikan kemarahan orang Melayu kepada UMNO kembali berulang seperti mana kemarahan orang Melayu kepada Bersatu, iaitu bekerjasama dengan DAP.

UMNO dan Bersatu yang mempunyai pola penyokong yang sama, tidak mampu meyakinkan ahli-ahli mereka dan orang Melayu di atas naratif kerjasama dengan DAP.

Berbeza dengan penyokong DAP yang lebih fleksibel dan lebih berfikiran terbuka. Penyokong DAP mampu melihat kelebihan untuk bekerjasama dengan musuh. Penyokong UMNO dan pengundi Melayu majoritinya dipengaruhi sentimen dan emosi.

Dicampur dengan kelemahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih gagal memberi impak positif terhadap kos kehidupan dengan kadar segera, ini amat merunsingkan orang-orang Melayu.

Di atas faktor-faktor ini, calon PH Suhaizan Kaiat di Pulai, boleh menghasilkan kemenangan tetapi dengan majoriti yang memalukan.

Suhaizan Kaiat pernah berkhidmat sebagai speaker DUN Johor dan merupakan satu-satunya speaker negara yang sebelum ini berkhidmat dalam Pembangkang.

Di Pulai, orang bukan Melayu akan memainkan peranan utama sebagai pembuat keputusan.

Majoriti pengundi Cina dan India akan menyokong Suhaizan, dan gabungan sokongan ini akan menjadikan dia sebagai pemenang untuk PH.

Pemerhati politik juga menjangka calon PN di Pulai atau calon bebas tidak akan dapat mengalihkan undi Melayu keseluruhannya kerana Johor sentiasa menjadi kubu kuat BN serta undi orang Melayu akan terpecah kepada UMNO, Amanah, PKR dan PN.

Masyarakat Cina akan menyokong calon PH di kedua-dua Pulai dan Simpang Jeram.

Berdasarkan statistik sebelum ini, boleh dikatakan 95 peratus pengundi Cina telah memilih PH.

Pendirian mereka mudah; mereka sudah muak dengan ketidakstabilan ekonomi akibat perubahan kepimpinan dan pentadbiran negara yang kerap.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata bagi memastikan orang Melayu di Pulai mengundi PH, pemimpin DAP perlu menukar agenda negara sekularnya yang bercanggah dengan prinsip Islam dan Melayu.

“Di Pulai, pengundi Cina akan menjadi raja. Bagaimanapun, DAP, sebagai sebahagian daripada kerajaan perpaduan, mereka perlu mengubah pendekatan mereka kerana undi Melayu adalah sama penting,” tambahnya.

Bagi kes di Simpang Jeram, kerusi DUN itu disifatkan sebagai kubu kuat Melayu-Islam.

Di sini, orang Melayu membentuk 52 peratus (21,081) pengundi manakala Cina dan India masing-masing 44 peratus (18,018) dan tiga peratus (1,037).

PAS mempunyai kelebihan untuk menang kerana mungkin pengundi awal (polis dan tentera) akan mengundi calon PN Dr Mohd Mazri Yahya berikutan dakwaan kelemahan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Kedua-dua menteri itu didakwa tidak membawa perubahan positif mahupun menjaga kebajikan anggota beruniform di bawah kementerian mereka hingga dapatan ditulis hari ini.

Kesimpulannya, majoriti undi untuk PN bukanlah disebabkan “gelombang hijau” sebaliknya pemberontakan terhadap kerajaan perpaduan, khususnya Umno kerana bekerjasama dengan DAP. DAP akan terus dijadikan alat parti politik Melayu dalam mendapat sokongan majoriti orang Melayu.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img