spot_img
spot_img

Negara guna Starlink untuk sambungan internet di kawasan yang tak tercapai

spot_img

KUALA LUMPUR (19 Ogos): Keputusan kerajaan menggunakan perkhidmatan penyedia internet satelit seperti Starlink di kawasan yang tidak mempunyai akses internet yang baik adalah penyelesaian sementara, manakala penyelesaian jangka panjang sedang dilaksanakan.

Starlink ialah perhubungan internet satelit pertama dan terbesar di dunia menggunakan orbit Bumi yang rendah untuk menyampaikan internet jalur lebar yang mampu menyokong penstriman, permainan dalam talian, panggilan video dan banyak lagi. Starlink dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat aeroangkasa Amerika Syarikat SpaceX. Syarikat gergasi ini diasaskan oleh billionare Elon Musk yang menyediakan liputan ke lebih 60 buah negara. Ia juga menyasarkan perkhidmatan telefon mudah alih global selepas 2023.

Perkhidmatan jalur lebar berasaskan satelit Starlink kini sudah bertapak di Malaysia, berikutan pertemuan maya antara Perdana Menteri dengan Elon Musk pada 14 Julai lalu.

- Advertisement -

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata perkhidmatan internet itu sesuai sebagai penyelesaian sementara kerana ia bersifat plug-and-play, mempunyai kelajuan internet yang pantas, dan harga yang ditawarkan adalah berpatutan.

“Di Malaysia, kita mempunyai empat penyedia perkhidmatan internet satelit, termasuk Starlink.

- Advertisement -

“Ini bukan keputusan komersial. Faedah teknologi ini sesuai untuk tujuan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena program “Wangsa Maju Kita Punya”, yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan di Taman Tasik Danau Kota di sini pada Sabtu (19 Ogos).

Mengulas lanjut mengenai teknologi internet satelit, Fahmi berkata kerajaan juga sedang berbincang untuk mengembangkannya ke sekolah dan klinik kesihatan di Sabah dan Sarawak, di mana Fahmi sedang berbincang dengan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pada 15 Julai lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan merancang untuk memasang 40 peranti internet satelit daripada Starlink di institusi pengajian tinggi seluruh negara bagi membantu pelajar yang tidak dapat belajar kerana sambungan internet yang tidak boleh dipercayai, berikutan pertemuan maya dengan ketua pegawai eksekutif Starlink. Elon Musk.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img