spot_img
spot_img

Labur saham ASNB melalui e-wallet TNGD

spot_img

SHAH ALAM: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan TNG Digital Sdn. Bhd. (TNGD) menjalin kerjasama menyediakan platform pelaburan lebih pantas dan mudah menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Menerusi ciri-ciri GOinvest, lebih 12 juta pemegang unit ASNB kini boleh melabur tanpa perlu melawat cawangan atau ejen secara fizikal seian menye­mak prestasi portfolio mereka pada setiap masa.

Objektif TNGD ialah untuk mendemokrasikan nasihat kewa­ngan dan produk yang mudah diakses oleh semua pihak. Mereka opitimis menyasarkan penyediaan GOinvest ini mampu menarik kira-kira sejuta pemegang unit setahun.

- Advertisement -

Ciri-ciri utama ASNB pada Touch ‘n Go eWallet itu meliputi akses kepada akaun sedia ada antaranya semakan jumlah pelaburan, pecahan unit ama­nah dan pembelian unit Dana Harga Tetap dan Dana Harga Boleh Ubah.

Selain itu, pemegang unit boleh melihat senarai dana pelaburan dan menyemak lima transaksi terbaharu bagi setiap dana yang dilaburkan sebelum ini.

Sebanyak 17 dana ASNB ditawarkan menerusi GOinvest antaranya Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Saham Malaysia 2-Wawasan (ASM 2 Wawasan) dan Amanah Saham Nasional (ASN).

- Advertisement -

TNGD merupakan ejen eWallet pertama dan satu-satunya yang menawarkan pelaburan unit amanah ASNB setakat ini.

Pelabur boleh mengakses akaun ASNB melalui eWallet bagi pelaburan sebaik saja melengkapkan pendaftaran dalam talian yang mudah melalui aplikasi MyASNB.

Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelaburan ASNB pada Touch ‘n Go eWallet boleh mengunjungi acara LOL di Setia City Mall bermula hari ini hingga Ahad ini.

Foto – SoyaCincau
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img