Jendela Biz melancarkan Promosi Bulan Kemerdekaan Dana Iklan Digital yang bernilai lebih RM200,000 sempena bulan Kemerdekaan ini yang bermula 17 Ogos 2023 hingga 1 September 2023.
Kebiasaannya, golongan PKS kerap mengiklankan perniagaan hanya melalui platform media sosial.
Namun, portal kandungan premium seperti SAYS, Berita Harian, News Straits Times (NST), Sirap Limau, OHBULAN! dan juga Berita Tular tidak termasuk dalam pertimbangan mereka.
Justeru, menerusi Promosi Bulan Kemerdekaan Dana Iklan Digital ini, usahawan PKS secara tidak langsung mempunyai peluang untuk mencuba alternatif pengiklanan lebih baik daripada platform media sosial untuk melonjakkan jenama dan jualan mereka.
Menerusi dana ini, PKS yang layak berpeluang mendapat akses kepada pengiklanan premium bernilai RM5,000 dengan percuma.
Untuk memohon dana ini, PKS yang berminat perlulah merupakan pengguna platform Jendela Biz dan akan mendapat kelulusan serta merta.
Dana ini terhad kepada 50 usahawan pertama yang membuat permohonan, merupakan pengguna Jendela Biz dan akan diluluskan.
Objektif Jendela Biz adalah untuk memberi peluang kepada pengguna platform Jendela Biz untuk menikmati manfaat pengiklanan di portal kandungan premium dan terkemuka di mana ia tidak dilakukan oleh kebanyakan PKS.
Pengiklanan PKS di portal premium tempatan turut memberi manfaat kepada pemain tempatan untuk kekal berdaya saing.
Menurut data, rakyat Malaysia berbelanja mencecah RM2 billion di Facebook. Ia terlalu ramai untuk pengiklanan di Facebook. Jadi dengan Promosi Bulan Kemerdekaan Dana Iklan Digital ini, memberi peluang terbaik buat PKS menguasai pasaran dan pelanggan daripada portal media premium pula.
Jendela Biz sangat terbuka untuk bekerjasama dengan platform teknologi pasaran dan platform kandungan lain bagi mencapai aspirasi membantu usahawan PKS dengan lebih pantas.
Para usahawan juga akan mendapat akses kepada pertambahan data profil pengguna untuk penyasaran yang lebih tepat di platform Jendela Biz. Ini akan meningkatkan pembeli kepada produk atau servis PKS.
Syarikat berharap banyak PKS akan merebut peluang keemasan ini untuk mencuba sesuatu yang baharu untuk perniagaan mereka.
Rebut peluang untuk menjadi salah satu daripada 50 usahawan atau perniagaan bertuah dengan membuat permohonan Promosi Bulan Kemerdekaan Dana Iklan Digital. Jika anda belum menggunakan platform Jendela Biz, mula sekarang menerusi www.jendela.biz