spot_img
spot_img

PH BN baru ‘kahwin’ 8 bulan

spot_img

PUTRAJAYA: Kerjasama UMNO dan DAP sudah berada pada landasan yang betul, malah ia berjaya dibuktikan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan baru-baru ini.

Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berkata, kerjasama kedua-dua parti itu di Selangor dan Pulau Pinang juga berjaya membantu mengekalkan kerajaan negeri sedia ada seperti sebelum pilihan raya lalu.

Beliau berkata, kejayaan terbesar kerjasama ini dapat dilihat menerusi PRN di Negeri Sembilan apabila Barisan Nasional (BN) menang di hampir semua kerusi ditandingi.

- Advertisement -

“Kita lihat kerjasama (UMNO-DAP) ini telah membuahkan hasil. Saya merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) pada PRN lalu.

“Jangan lupa kita (BN dan PH) baru ‘kahwin’ dan berkawan dalam tempoh lapan bulan sahaja, justeru berikan kami masa empat lima tahun dan saya yakin Kerajaaan Perpaduan akan semakin kukuh, stabil dan menuju kecemerlangan.

“Ini adalah permulaan kerjasama yang baik dan ia berada pada kedudukan positif,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis prapelancaran Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT 2023 dan Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2023 di sini hari ini.

- Advertisement -

Katanya, Kerajaan Perpaduan menghormati pilihan dibuat rakyat pada PRN lalu dan fokus kini terarah kepada kerja dan memastikan rakyat terus hidup selesa.

Kor Ming berkata, kemenangan manis DAP semestinya di DUN Sungai Pelek, Selangor di mana calon DAP menang selesa biarpun ia kawasan majoriti Melayu.

Menurutnya, Sungai Pelek didiami lebih 60 peratus pengundi Melayu dan kemenangan itu jelas membuktikan DAP semakin diterima biarpun dimomokkan dengan pelbagai cerita palsu.

“Saya percaya rakyat sudah mula nampak keikhlasan dan komitmen kita untuk menjadi sebuah parti untuk semua rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menuntut agar pimpinan UMNO memikirkan semula kerjasama dengan DAP bagi mengelak parti keramat orang Melayu itu pupus pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

Jelasnya lagi, kedudukan DAP dalam minda akar umbi UMNO masih menjadi suatu perkara yang sensitif dan sukar untuk diterima.

Isham berkata, UMNO hanya mempunyai dua pilihan iaitu terus bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan dan pilihan raya, ataupun bekerjasama hanya dalam kerajaan dan bukan pilihan raya.

 

 

Sumber : utusan malaysia

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img