London Escorts sunderland escorts www.asyabahis.org www.dumanbet.live www.pinbahiscasino.com sekabet.net www.olabahisgir.com maltcasino.net faffbet-giris.com www.asyabahisgo1.com www.dumanbetyenigiris.com www.pinbahisgo1.com sekabet-giris2.com www.olabahisgo.com www.maltcasino-giris.com www.faffbet.net betforward1.org betforward.mobi 1xbet-adres.com 1xbet4iran.com romabet1.com www.yasbet2.net 1xirani.com www.romabet.top 3btforward1.com 1xbet https://1xbet-farsi4.com سایت شرط بندی معتبر betforward
spot_img
spot_img

PH BN Negeri Sembilan ada formula kejayaan untuk pilihanraya akan datang

spot_img

KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Negeri Sembilan mempunyai formula kejayaan bagaimana Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) boleh bekerjasama untuk menang besar dalam pilihan raya akan datang, kata Ahli Parlimen Subang, Wong Chen hari ini.

Ahli politik PKR itu mendapati bahawa pasukan PH-BN di Negeri Sembilan melakukan dengan cemerlang berbanding lima negeri lain dalam PRN15 semalam.

- Advertisement -

Beliau berkata walaupun perlu untuk post morterm akan kekalahan serta kemerosotan perolehan undi di negeri-negeri lain, beliau percaya bahawa langkah yang lebih penting ialah mengkaji dan menerima pakai model PH-BN di Negeri Sembilan.

“Bagaimana pasukan Negeri Sembilan mewujudkan gabungan Perpaduan dalam masa lapan bulan sahaja menjadi pasukan kempen pilihan raya yang berkesan? PN merupakan gabungan yang berusia empat tahun, dihalang oleh gabungan PH-BN yang berusia lapan bulan sahaja di sana.

“Oleh itu formula untuk kemenangan PH-BN kelak ada pada Negeri Sembilan,” katanya di laman Facebooknya.

- Advertisement -

PH dan BN adalah musuh politik ketat, terutamanya antara UMNO dan DAP selama beberapa dekad, tetapi bergabung membentuk kerajaan persekutuan dan menamatkan kebuntuan pembentukan kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum ke-15 November lalu.

Pilihan raya negeri di enam negeri menyaksikan PN mengukuhkan pegangannya di Kedah, Kelantan dan Terengganu sambil memperoleh peningkatan undi ketara dalam kedua-dua kubu kuat PH dan BN, terutamanya di kerusi selamat majoriti Melayu Selangor yang pernah dianggap ‘tidak dapat ditembusi’.

Gabungan pasukan PH-BN di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang menang dua pertiga, walaupun jumlah kerusi DUN di negeri itu susut daripada 33 pada Pilihan Raya 2018 kepada 29 kali ini.

Dalam catatan Facebooknya juga, Wong berkata bahawa PRN kali ini merupakan “wake up call” bagi kerajaan perpaduan untuk memberi tumpuan untuk memenuhi pembaharuan yang dijanjikan.

Beliau menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengatur parti-parti yang membentuk kerajaan untuk bersetuju dengan pembaharuan yang diperlukan dan kemudiannya menetapkan agenda untuk melaksanakan reformasi.

Tambahnya, Parlimen perlu meluluskan Akta Perkhidmatan Parlimen dan Akta Pembiayaan Politik secepat mungkin demi memerangi rasuah dan memelihara demokrasi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img