Free Porn
xbporn

https://www.bangspankxxx.com
spot_img
spot_img

PH BN dijangka tidak berupaya menangi majoriti Melayu

spot_img

Lunas 11 Ogos : Kesimpulan hari terakhir kempen dalam enam pilihan raya negeri (PRN) esok, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dijangka dapat mengekalkan tiga buah negeri mereka iaitu Sela­ngor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang namun akan kehilangan beberapa kerusi.

Perikatan Nasional (PN) pula dijangka dapat mengekalkan Kedah, Terengganu dan Kelantan kerana sentimen-sentimen bangsa serta agama yang dimainkan sepanjang kempen. Negeri-negeri ini mempunyai kawasan yang berkekampungan.

Berbeza dengan masyarakat di kawasan-kawasan bandar didapati lebih melihat kepada dasar ekonomi, pembangunan dan kemajuan dalam pelbagai aspek sebelum membuang undi, manakala masyarakat luar bandar lebih mementingkan soal agama serta kaum.

- Advertisement -

Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Datuk Dr. Jeniri Amir yang dipetik melalui Utusan Malaysia berkata, keputusan PRN dijangka tidak ada kejutan, ma­sing-masing dapat mengekalkan ‘kuasa’ di negeri masing-ma­sing, namun PH-BN berhadapan cabaran besar mengekalkan jumlah kerusi.

Kata beliau, sebanyak 4.9 juta pengundi muda dalam enam PRN ini juga dijangka memberi cabaran kepada PH-BN, memandangkan ‘gelombang hijau’ yang sedang melanda politik negara ketika ini.

Propaganda melalui media sosial sangat memberi kelebihan kepada PN untuk mendekati golongan muda. Walaupun ia biasa bagi media massa untuk lebih popular dan diikuti oleh aliran anti establishment, namun di pihak kerajaan perpaduan pula dilihat tidak dapat mengatasi pengaruh PN.

- Advertisement -

Ramai pakar penganalisa politik di semua media percaya bahawa bukan Me­layu akan berpihak kepada PH-BN, tidak ragu-ragu mengenai perkara ini. Ini kerana pengundi kumpulan tersebut lebih risau tentang penguasaan Pas, mereka tidak mahu parti tersebut menguasai negeri mahupun negara.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, bahang PRN di enam buah negeri mencapai kemuncak apabila parti-parti bertan­ding giat memainkan pelbagai isu panas dan pemimpin memperhebatkan program turun padang menjelang 48 jam terakhir tempoh berkempen.

Masyarakat di bandar lebih sedar akan kepentingan ekonomi, kestabilan, perumahan dan sebagainya yang menandakan mereka akan memberi sokongan kepada gabungan yang mampu memenuhi kehendak tersebut.

Namun, situasi berbeza di kawasan-kawasan pendalaman kerana pengundi di sana lebih percaya akan aspek agama dan kaum, ia menjadi faktor utama dalam mereka menentukan sokongan.

Datuk Dr. Jeniri Amir ditanya mengenai masalah air di Kelantan akan menyebabkan masyarakat di sana mengubah sokongan kepada PH-BN selepas memberi mandat mereka kepada Pas selama 32 tahun untuk memerintah.

“Pas terlalu kuat (di Kelantan) disebabkan sosialisasi politik atau zaman berzaman yang sudah berdekad-dekad, dari satu generasi ke generasi lain. Pengundi di sana lebih mengutamakan soal agama dan Pas dilihat begitu berupaya untuk memperjuangkan aspek tersebut,” jelasnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img