Free Porn
xbporn

https://www.bangspankxxx.com
spot_img
spot_img

Selangor mesti tolak pengkhianat, PM ke Kedah di malam terakhir kempen, PN tenggelam di Negri Sembilan

spot_img

Pengundi Hulu Kelang mesti menyingkirkan ‘pengkhianat’ dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos, seperti mana mereka ‘menghukum’ pengkhianat itu di Gombak pada PRU15 lalu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 2,000 penyokong Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) merangkumi pelbagai kaum memenuhi Padang Taman Permata di sini. Pengkhianat itu beliau merujuk kepada calon PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang pernah menjadi Timbalan Presiden PKR.

Anwar menggesa pengundi memilih calon Pakatan Harapan (PH), Juwairiya Zulkifli dalam kertas undi kelak.

- Advertisement -

(Juwairiya yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri besar Selangor)

“Kita hantar pemimpin wanita, saya fikir tempat ini kena menang, saya letak tokoh muda untuk patahkan Azmin.

“Saya bagi arahan kepada Amir (Datuk Seri Amirudin Shari) letak Juwairiya. Saya nak Hulu Kelang ajar bagaimana jadi kt Gombak,” katanya.

- Advertisement -

Kemunculan Perdana Menteri ke sini amat diperlukan ekoran visi PH untuk menewaskan Azmin yang pernah menjadi Timbalan Presiden PKR sebelum beralih kepada parti lain selepas Langkah Sheraton.

Secara kebetulan, Azmin juga menganjurkan ceramah umum di Jalan AU2 Taman Sri Keramat yang terletak kira-kira 5.3 kilometer (KM) dari lokasi dihadiri Anwar.

Untuk maklumat, Azmin diletakkan Perikatan Nasional (PN) untuk menawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang yang sebelum ini dimenangi Pakatan Harapan (PH).

Namun usaha itu tidak dilepaskan PH begitu sahaja apabila mempertaruhkan Juwairiya yang berpindah kawasan dari Bukit Melawati demi misi menumbangkan Azmin buat kali kedua.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Azmin tewas kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari di Parlimen Gombak.

Sementara itu di Kedah, Perdana Menteri bersetuju untuk program ‘Grand Finale’ pada Jumaat ini sebagai usaha terakhir berkempen bagi calon-calon Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang bertanding di negeri itu.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, persetujuan tersebut dinyatakan sendiri oleh Perdana Menteri melalui panggilan telefon yang dibuatnya, semalam. Saifuddin juga berkata, laporan daripada bilik gerakan utama peringkat negeri ketika ini menampakkan petanda positif buat PH dan BN di Kedah.

Katanya, dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Langkawi iaitu Ayer Hangat dan Kuah yang sebelum ini tiada dalam radar kemenangan, kini menunjukkan indikator melegakan kepada gabungan tersebut.

“Realitinya kami menerima hakikat bahawa PH dan BN merupakan ‘underdog’ di Kedah pada peringkat awal, namun kini kami mula mengejar dan makin optimis mengenai peluang di Kedah. Kami telah kemukakan bukti serta alasan betapa tidak kompetennya Menteri Besar di negeri ini, khususnya berkaitan unsur nadir bumi (REE).

(Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bukan sahaja terpalit dengan isu Sultan Selangor, tetapi juga berkaitan hasil bumi di negeri Kedah)

“Menerusi pemantauan dilakukan, kami dapati beliau yang sebelum ini pantas menjawab serta lincah memberi penjelasan, sangat ‘low profile’ pada 48 jam terakhir sehingga tak muncul dalam program yang sepatutnya melibatkan beliau,” kata Saifuddin lagi.

Di Negeri Sembilan pula, gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tidak berhadapan banyak masalah untuk menang di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan.

Kedudukan 36-0 itu me­ngambil kira juga keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018 yang menyaksikan PH menang 20 kerusi manakala BN menang di 16 kerusi.

Bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 kali ini, apabila PH dan BN menjalinkan kerjasama, kedudukan itu dijangka lebih kukuh sekali gus memperlihatkan situasi sukar dihadapi pesaing utama PH-BN iaitu Perikatan Nasional (PN).

PN menerusi gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan mele­takkan calon di semua 36 kerusi DUN di negeri ini.

Selepas seminggu perjalanan kempen, bahang PRN di Negeri Sembilan tidak begitu dirasakan malah gelombang PN juga tidak kuat membadai di negeri ini seperti diharapkan.

Faktor utama mungkin sejak daripada awal, tiada nama-nama besar PN di negeri ini yang ditampilkan sekurang-kurang­nya untuk memberikan sedikit gegaran kepada kem PH-BN.

Jika dilihat daripada senarai calon yang ditampilkan PN, sukar untuk meramalkan kerusi yang akan memihak kepada PN.

Bagaimanapun, jika melihat keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 pada November lalu, kiraan undi mengikut DUN dikatakan PN mendapat undi ter­tinggi di tiga buah kerusi iaitu Lenggeng, Labu dan Bagan Pinang.

Jika terdapat tambahan kerusi yang mungkin memihak kepada PN, ia di antara dua hingga tiga kerusi lagi. Itu pula mengambil kira terdapat kerusi yang berlaku sedikit penolakan akar umbi terhadap calon yang ditampilkan lawan mereka seperti di DUN Ampangan dan Paroi.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd. Muis yang dipetik berkata kepada Utusan Malaysia, jika PN dapat memenangi sehingga 10 buah kerusi pada PRN di Negeri Sembilan, itu boleh dikatakan sudah cukup bagus.

“Bagaimanapun, saya tidak nampak mereka boleh pergi ke jumlah itu dan sukar untuk di­sebut kerusi yang boleh mereka menang, bagi saya dua hingga tiga kerusi,” tambahnya.

Melihat situasi semasa gabungan PH-BN boleh dianggap pilihan, DAP dijangka menang di kesemua 11 kerusi yang ditandingi mereka termasuk di DUN Chennah yang menampilkan Setiausaha Agung mereka iaitu Anthony Loke Siew Fook.

 

(Datuk Seri Mohamad Hasan nama besar yang dipertaruhkan UMNO untuk gabungan PH BN di Negri Sembilan)

Nama-nama besar termasuk Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di Rantau, Naib Presiden PKR, Datuk Seri Aminuddin Harun (Sikamat) dijangka tidak berdepan laluan sukar.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img