“Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim kata insya-Allah Ogos ini. Mudah-mudahan dengan perjuangan, doa serta usaha, kita dapat mencapai kejayaan sebagaimana yang kita hajatkan,” katanya.
- Advertisement - Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Umum Pakat Pertahan Parlimen Ketereh, di sini, malam ini.
Yang turut hadir, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa.
Begitu juga dengan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan kemenangan di enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini sangat penting dalam usaha untuk membuat perubahan di peringkat kerajaan pusat.
- Advertisement -
Kata beliau, negeri-negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, wajib dipertahankan pada PRN ini.
“Kewajipan kita adalah mempertahankan negeri yang kita berjaya (kuasai) ini dan ambil alih tiga negeri lagi. Ia merupakan satu kewajipan yang sangat besar,” katanya ketika berucap pada Jelajah Mega PN Best di Dataran Darul Aman, di sini malam tadi.
Namun hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan PN itu hanyalah kenyataan politik. “Ya saya juga ke Kedah, sambutan juga positif dan menggalakkan kepada PH BN”, katanya.