spot_img
spot_img

PN Johor mula minta senarai calon untuk PRK

spot_img

JOHOR BAHRU: Semua parti komponen Perikatan Nasional (PN) diminta menyenaraikan nama calon yang berpotensi untuk mewakili gabungan tersebut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Pengerusi PN Johor,  Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, senarai nama tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat kepimpinan di peringkat negeri terlebih dahulu sebelum dibawa ke peringkat pusat.

- Advertisement -

“Kita tunggu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tentukan dahulu tarikh PRK tersebut. Walau bagaimanapun, kita sudah minta semua bahagian parti komponen di Parlimen Pulai dan Bakri (DUN Simpang Jeram di dalam kawasan Parlimen Bakri) supaya bersiap sedia,” katanya yang dipetik dari Utusan Malaysia.

SPR dijadual mengadakan mesyuaratnya esok bagi membincangkan tarikh PRK bagi Parlimen Pulai dan DUN  Simpang Jeram.

PRK berkenaan diadakan ekoran kematian penyandang kedua-dua kerusi tersebut, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 23 Julai lalu.

- Advertisement -

Salahuddin dipilih menjadi Ahli Parlimen Pulai selama dua penggal, iaitu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada  2018 dan PRU15 pada 2022.

Pada PRU15, Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) menang dengan majoriti besar, 33,174 undi di kerusi Parlimen Pulai menewaskan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang memperoleh 31,726 undi, manakala calon Perikatan Nasional (PN), Loh Kah Yong pula meraih 20,677 undi.

Allahyarham Salahuddin turut memenangi kerusi DUN Simpang Jeram pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 2022 apabila memperoleh 8,749 undi, mengalahkan calon PN, Zarul Salleh yang mendapat 6,350 undi, calon BN, Datuk Lokman Md. Don yang meraih 6,062 undi dan calon Pejuang, Mahaizal Mahmor mendapat 208 undi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img