Free Porn
xbporn

https://www.bangspankxxx.com
spot_img
spot_img

Diramal kekal status quo pada PRN ini

spot_img

KUALA LUMPUR: Pilihan raya di enam negeri sekarang, dijangka tidak menghasilkan kejutan dengan pentadbiran sedia ada kekal mentadbir negeri masing-masing.

Dapatan Berita Tular, menjangkakan parti gabungan Kerajaan Perpaduan khususnya Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), kekal mentadbir di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, manakala Perikatan Nasional (PN) di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Kajian semasa menunjukkan sokongan luar biasa PAS ‘gelombang hijau’ yang diperoleh PN dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November tahun lalu, dijangka menurun di 3 negeri di atas berbanding negeri-negeri Melayu.

- Advertisement -

Ia berdasarkan sentimen dalam kalangan pengundi muda dan baharu ketika ini yang dilihat lebih terbuka memberi peluang kepada pentadbiran Kerajaan Perpaduan, selain usaha-usaha yang sedang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdapat 50% responden bersetuju supaya peluang diberikan kepada kerajaan perpaduan yang baru sahaja mentadbir selepas PRU15 yang lalu. Responden juga percaya penukaran kerajaan pusat sekarang tidak akan mengubah apa-apa keadaan dari segi ekonomi dan kos sara hidup, malah akan menyebabkan lebih ketidakstabilan kepada negara.

Status sentimen pengundi terhadap Kerajaan Perpaduan tidak banyak berbeza sejak mengambil Putrajaya dan impak kepada PRN nanti adalah status quo, tiada perubahan kerajaan di enam negeri.

- Advertisement -

Namun secara keseluruhan, gabungan Kerajaan Perpaduan memiliki kelebihan ketika ini kerana menguasai sokongan pengundi bukan Melayu, selain memiliki sekurang-kurangnya hampir separuh sokongan pengundi Melayu.

Pengundi muda bandar pula semakin cenderung memberi peluang kepada Kerajaan Perpaduan, Jadi sokongan diperoleh PN dalam PRN kali ini tidak setinggi yang diperoleh pada PRU15 lalu.

Ketika PRU14 pada 2018, PH yang bertanding menggunakan logo PKR ketika itu mencatat kemenangan besar di Pulau Pinang dan Selangor, selain merampas Negeri Sembilan daripada BN.

Ketika itu, PH memperoleh 37 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang, 51 daripada 56 kerusi di Selangor dan 20 daripada 36 kerusi di Negeri Sembilan.

Secara kiraannya, gabungan PH dan BN yang membentuk kerjasama pasca PRU15, mampu mencatat kemenangan mudah dan selesa kepada Kerajaan Perpaduan.

Gabungan BN-PH sukar mencetus perubahan di kerusi yang memiliki 75 peratus pengundi Melayu di Kelantan, Terengganu dan beberapa kerusi di Kedah.

Namun, di tempat lain terutama kerusi marginal dan kawasan yang mencatat keputusan hampir seimbang antara blok Kerajaan Perpaduan dan PN ketika PRU15, gabungan BN-PH memiliki kelebihan.

SELANGOR DARUL EHSAN

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) paling banyak terletak di Selangor, iaitu 56 kerusi.

Sebelum dibubarkan, Pakatan Harapan (PH) memegang 40 kerusi, Barisan Nasional (BN) pula ada lima kerusi, sama dengan gabungan pembangkang Perikatan Nasional (PN).

Baki empat kerusi lain diisi oleh parti-parti lain dan seorang wakil bebas.

Kerusi DUN Batang Kali pula kosong selepas Ahli DUN (ADUN) kerusi itu gagal menghadiri sidang DUN Selangor selama lebih enam bulan.

Dengan profil penduduk yang pelbagai, keputusan PRN Selangor nanti boleh dianggap sebagai cerminan sentimen rakyat Malaysia secara keseluruhan.

PN yakin dapat menembusi kawasan bandar dengan mengharapkan tokoh politik Azmin Ali.

Beliau akan bertarung sekali lagi dengan Menteri Besar Selangor yang juga bekas anak didiknya, Amirudin Shari. Dalam PRU15 yang lalu, Amirudin mengalahkan Azmin di Parlime Gombak dengan majoriti lebih 12,700 undi.

Penguasaan PH cukup mantap di negeri itu dengan 33 kerusi.

Hanya lima dimiliki PN sebelum DUN dibubarkan manakala BN mempunyai dua kerusi.
PH bertekad untuk mempertahankan majoriti dua pertiga kerusi DUN walaupun PN yakin dapat menawan undi di negeri berkenaan.

Ini menyusuli kejayaan calon PAS merampas kerusi yang dianggap kubu kuat Perdana Menteri Anwar Ibrahim, iaitu kerusi Parlimen Permatang Pauh. Nurul Izzah Anwar tumbang dalam PRU15 lalu dan dimenangi calon PAS.

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Negeri Sembilan pula bakal menyaksikan 36 kerusi DUN menjadi rebutan.

Dalam PRU 2018, PH mendapat 20 kerusi dengan baki 16 kerusi dikuasai BN. Ini merupakan negeri ujian bagi gabungan PH BN. Ia akan menjadi kayu pengukur sama ada gabungan itu ‘direstui’ rakyat atau tidak.

Di Kelantan pula, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) cukup kuat di negeri itu setelah menawan 37 daripada 45 kerusi sebelum ini.

Lapan kerusi dipegang BN tetapi pasca PRU14 melihat ADUN Ayer Lanas, Mustapa Mohamed keluar daripada UMNO untuk menyertai Bersatu.

Di negeri Terengganu, 32 kerusi menjadi taruhan dengan PAS sebelum ini mempunyai 22 kerusi dan baki 10 dimiliki BN.

Beberapa kerusi DUN negeri Terengganu menyaksikan calon-calon BN hanya menang tipis dalam PRU14 iaitu perbezaan antara empat sehingga 60 undi sahaja.

KEDAH DARUL AMAN

Di Kedah, daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan, PN sebelum ini menguasai 20 kerusi, PH 10 kerusi sementara BN dan parti Pejuang masing-masing menyandang dua kerusi.

Negeri Darul Aman itu juga mempunyai dua kerusi kosong apabila ADUN Johari Abdul melepaskan kerusi DUN Gurun selepas dilantik menjadi Speaker Dewan Rakyat dan ADUN Belantek Mohd Isa Shafie meninggal dunia pada 14 Jun lalu.

Kedah juga menjadi tumpuan ahli-ahli politik Malaysia kerana kerap bertukar kerajaan negeri sehingga disifatkan sebagai sebuah “swing state“.

20 daripada 36 kerusi di Kedah kini dianggap sebagai “kerusi panas” bagi PRN ini.

Setelah sekian lama dikuasai BN, PAS mengambil alih kerajaan negeri pada 2008 hingga 2013 sebelum BN merampas semula pada 2013.

Pada 2018 pula, PH merampas dan memerintah Kedah.

Bagaimanapun dengan berlakunya Langkah Sheraton pada Februari 2020 yang mana beberapa ahli politik lompat parti, ia sekaligus menyebabkan tampuk kerajaan Kedah bertukar tangan kepada PN.

PM Anwar menyuarakan keyakinan bahawa PH BN akan dapat menawan dua negeri pembangkang iaitu Terengganu dan Kedah selain terus kekal berkuasa di tiga negeri yang sedia ada.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img