London Escorts sunderland escorts www.asyabahis.org www.dumanbet.live www.pinbahiscasino.com sekabet.net www.olabahisgir.com maltcasino.net faffbet-giris.com www.asyabahisgo1.com www.dumanbetyenigiris.com www.pinbahisgo1.com sekabet-giris2.com www.olabahisgo.com www.maltcasino-giris.com www.faffbet.net betforward1.org betforward.mobi 1xbet-adres.com 1xbet4iran.com romabet1.com www.yasbet2.net 1xirani.com www.romabet.top 3btforward1.com 1xbet https://1xbet-farsi4.com سایت شرط بندی معتبر betforward
spot_img
spot_img

Tweeter kini bergelar X

spot_img

Platform media sosial X telah mengembalikan akaun Ye, artis yang dahulunya dikenali sebagai Kanye West, selepas ia digantung hampir lapan bulan lalu kerana penyanyi superstar rap itu telah melanggar peraturan platform yang melarang hasutan dan keganasan.

(Kanye West yang kini dikenali sebagai Ye)

- Advertisement -

Akaun Ye kini menunjukkan kali terakhir ia online iaitu pada 1 Disember lalu, sehari sebelum akaunnya digantung oleh platform X, yang dimiliki oleh pemilik baru, Elon Musk.

Akaun Ye telah digantung pada bulan Disember, kerana memuat naik simbol swastika dalam Star of David (lambang Nazi).

Musk pada masa itu melabelkan posting Kanye West sebagai “hasutan kepada keganasan”.

- Advertisement -

X mengembalikan semula akaun Ye selepas menerima jaminan bahawa dia tidak akan menggunakan platform itu untuk berkongsi pendapat anti-Semitik atau keganasan lain, kata laporan itu.

Ye tidak menyiarkan sesuatu yang baharu sejak dibenarkan kembali ke platform.

Musk sebelum ini juga telah mengembalikan semula akaun bekas Presiden AS Donald Trump selepas menjalankan tinjauan di mana kira-kira 14.8 juta pengguna Twitter telah mengundi, dengan 51.8 peratus mengundi menyokong pengembalian semula. Tetapi Trump berkata dia tidak berminat untuk kembali ke Twitter dan akan kekal dengan platform baharu miliknya, Truth Social.

Kata-kata anti-Semitik oleh Ye tahun lepas menyebabkan dia kehilangan banyak urus niaga perniagaan. Adidas memutuskan hubungan dengannya selepas kerjasama selama hampir sedekad, menghentikan terus pemasaran kasut berjenama Yeezy miliknya.

Pada bulan Mei, syarikat Jerman itu berkata pengakhiran kerjasama yang sangat berjaya dengan mencecah jualan kira-kira 400 juta euro (RM20 bilion) pada suku pertama tahun ini.

Jenama terkenal Gap dan Balenciaga juga memutuskan hubungan dengan penyanyi rap dan pereka fesyen itu selepas beliau lantang menyuarakan pendapat anti-yahudi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img