spot_img
spot_img

Siapakah akan menang di 2 kerusi panas DUN Pulau Pinang ?

spot_img

Beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dianggap kerusi “panas” dan mencuri tumpuan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini susulan kemunculan beberapa figura besar untuk bertanding di kerusi berkenaan.

DUN Bertam dalam Parlimen Kepala Batas antara yang menjadi perhatian apabila gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) mempertaruhkan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan bekas Ahli Parlimen Kepala Batas, Reezal Merican Naina Merican untuk menentang penyandang Khaliq Mehtab dari Bersatu.

- Advertisement -

(Reezal Merican Naina Merican juga tewas semasa PRU15 untuk kerusi parlimen Kepala Batas kepada orang baru, Dr Siti Mastura dari Perikatan Nasional dengan majoriti 2,867 undi)

Pada PRU14, Khaliq Mehtab daripada PH Bersatu ketika itu menang dengan undi majoriti 219 selepas memperoleh 6,485 undi, menewaskan Shariful Azhar Othman (BN) yang mendapat 6,268 undi dan Mokhtar Ramli (PAS) dengan 2,986 undi. Dijangka Reezal, merupakan calon UMNO akan mempunyai kelebihan pada PRN ini dengan sokongan penuh dari kaum bukan Melayu, dan ditambah dengan penyokong PKR serta UMNO. DUN Bertam terdiri daripada Melayu (67.98%), Cina (22.81%), India (8.86%), Bumiputera Malaysia Timur (0.2%) dan lain-lain (0.16%).

Turut menjadi tumpuan pada PRN kali ini adalah kerusi DUN Sungai Dua di bawah Parlimen Tasek Gelugor yang menyaksikan pertembungan Ahli Majlis Tertinggi Umno Shaik Hussein Mydin dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff dalam pertembungan satu lawan satu.

- Advertisement -

(Shaik Hussein Mydin)

Tasek Gelugor yang kerusi Parlimennya dimenangi oleh PN semasa PRU15 yang lalu oleh Datuk Wan Saiful Wan Jan, merupakan kawasan bermajoriti Melayu 78.8 peratus. Manakala kaum Cina hanya mewakili 16.6 peratus penduduk dan selebihnya bangsa lain. Di atas kertas ia merupakan tugas sukar buat Shaik Hussein kerana tidak sampai 30% pengundi bukan Melayu di situ yang akan menyokong PH BN.  Beliau perlu bekerja keras sekurang-kurangnya untuk memastikan 40% pengundi Melayu menjadi miliknya untuk menang di DUN Sungai Dua, disamping sokongan penuh kaum bukan Melayu kepadanya.

Ini menjadikan kedua-dua kerusi DUN berkenaan menjadi tumpuan di negeri Pulau Pinang.

Secara amnya, Parlimen Kepala Batas adalah kubu kuat Umno dan BN, namun kerana gelombang hijau pada PRU15, kekalahan tidak dijangka berlaku kepada BN.

Selain Bertam dan Sungai Dua, kerusi DUN Bagan Dalam dan DUN Perai turut dikatakan “panas” kerana ‘perang saudara’ antara calon PH daripada DAP di kedua-dua kerusi itu yang bakal ditentang oleh dua bekas ahli DAP juga, iaitu Satees Muniandy dan David Marshel.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengesahkan seramai 95 calon termasuk empat calon Bebas akan bertanding bagi merebut 40 kerusi DUN di Pulau Pinang pada PRN ini.

Pada PRN Pulau Pinang kali ini, kerusi DUN Perai, Pantai Jerejak, Bagan Dalam dan Sungai Pinang masing-masing menyaksikan pertembungan empat penjuru; Padang Lalang, Bukit Tambun, Tanjong Bunga, Air Putih, Kebun Bunga, Pulau Tikus dan Batu Uban (tiga penjuru) dan selebihnya pertembungan satu lawan satu.

Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula hari ini sehingga 11.59 malam, 11 Ogos.

SPR menetapkan tarikh pengundian PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan diadakan serentak pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img