spot_img
spot_img

Letak jawatan menteri selepas buat salah atas jalanraya

spot_img

WELLINGTON, 24 Julai — Menteri kehakiman New Zealand meletakkan jawatan hari ini selepas ditahan berhubung kemalangan kereta pada hari sebelumnya, menteri keempat yang letak jawatan daripada kabinet dalam beberapa bulan sebelum pilihan raya.

Kiri Allan telah meletak jawatan daripada semua portfolionya serta-merta, kata Perdana Menteri Chris Hipkins, selepas dia ditahan polis berhubung kemalangan itu di ibu negara Wellington pada Ahad.

Allan didakwa menggunakan kenderaan secara cuai dan enggan memberi kerjasama dengan pegawai polis, dan dikeluarkan dengan notis pelanggaran kerana bacaan alkohol yang berlebihan, kata Hipkins pada sidang akhbar.

- Advertisement -

“Dia faham bahawa mengekalkan jawatan menterinya tidak boleh dipertahankan, terutamanya bagi seorang menteri kehakiman untuk didakwa atas kesalahan jenayah,” kata Hipkins.

“Walaupun tindakannya tidak boleh dimaafkan, saya diberi maklumat bahawa dia mengalami tekanan emosi yang melampau ketika kejadian.”

Allan ialah menteri keempat meletak jawatan sejak Mac daripada kerajaan Buruh berhaluan tengah dan menjelang pilihan raya pada Oktober ini. Tinjauan pendapat mendapati pertandingan yang sengit dengan pembangkang utama iaitu Parti Kebangsaan.

- Advertisement -

Hipkins berkata “perjuangan peribadi Allan baru-baru ini dengan kesihatan mental telah didokumentasikan dengan baik dan nampaknya beberapa isu itu telah diketengahkan semalam.”

Allan, yang juga menteri pembangunan wilayah, menteri pemuliharaan, dan menteri pengurusan kecemasan, kembali bertugas di parlimen Isnin lalu selepas mengambil cuti beberapa hari kerana masalah kesihatan mental.

Pernah disebut-sebut sebagai bakal pengganti perdana menteri terdahulu Jacinda Ardern, Allan berkata beliau akan mengambil masa untuk mempertimbangkan masa depannya dalam politik.

“Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, saya telah menghadapi beberapa masalah peribadi. Saya mengambil cuti untuk menanganinya, dan percaya saya tidak mengapa untuk menyesuaikan cabaran itu dengan tekanan menjadi seorang Menteri. Tindakan saya semalam menunjukkan saya tidak sihat,” kata Allan dalam satu kenyataan.

 

 

Sumber – Reuters

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img