Free Porn
xbporn

https://www.bangspankxxx.com
spot_img
spot_img

PN Pulau Pinang perlu lebih bijak merancang untuk menang

spot_img

BALIK PULAU, 15 Julai — Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang perlu lebih bijak dalam berkempen untuk memberi alternatif kepada rakyat negeri itu. PN tidak boleh terikut-ikut langkah PN Kedah yang diketuai Menteri Besarnya, Sanusi yang lebih banyak ‘berkata-kata’ dari membina visi. Rakyat Pulau Pinang merupakan negeri maju dan industri. Pendekatan harus lebih bijaksana.

Kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) kini menyasarkan untuk melaksanakan baki projek infrastruktur mega bagi menyelesaikan isu lalu lintas di negeri ini jika diberi mandat untuk penggal keempat pada pilihan raya negeri ini. Kesemua projek ini tertumpu di bahagian pulau, di mana berkependudukan padat dan majoritinya ialah kaum Cina. Mana visi atau menifesto PN untuk rakyat negeri Pulau Pinang ? Masih belum ada.

PN tidak akan berjaya memiliki majoriti kawasan di sebelah pulau. Di Pulau Pinang, PN perlu fokus di kawasan bermajoriti Melayu. Bersatu dan PAS amat penting di sini kerana Gerakan sudah pasti tidak akan mendapat langsung sokongan orang Cina Pulau Pinang.

- Advertisement -

Ketua menteri sementara Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata tumpuan pentadbirannya untuk lima tahun akan datang, jika diberi mandat pada 12 Ogos ini, adalah sekurang-kurangnya memulakan baki projek yang dirancangnya seperti penambakan Pulau Pinang South Island (PSI), Pan Island Link 1 (PIL1), Transit Aliran Ringan (LRT) dan projek terowong dasar laut serta tiga jalan berkembar.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow. Foto dari SAYUTI ZAINUDIN

Bagaimana dengan projek di sebelah tanah besar ? Di sinilah PN perlu mengambil pendekatan dalam membina visi bagi kawasan tanah besar yang banyak didiami oleh orang Melayu. Mulakan rancangan ‘menifesto’ untuk pembangunan di sebelah tanah besar. Tunjukkan sikap berat sebelah kerajaan DAP yang hanya fokus kepada pengundi mereka sahaja di sebelah pulau.

Pakej Dua ialah projek lebuh raya bernilai RM851 juta yang menghubungkan Lebuhraya Thean Teik ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu manakala Pakej Satu ialah jalan berpasangan antara Tanjung Bungah dan Teluk Bahang.

- Advertisement -

Pakej Tiga ialah lebuh raya yang menghubungkan Gurney Drive ke Daerah Pusat Perniagaan di George Town ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Lebuh raya itu adalah sebahagian daripada projek bernilai RM6.3 bilion, yang terdiri daripada terowong dasar laut dan tiga pakej jalan berpasangan.

Terowong dasar laut yang menghubungkan Gurney Drive ke Butterworth di tanah besar akan menjadi yang terakhir dilaksanakan.

Di atas adalah projek-projek mega kerajaan Pulau Pinang untuk kemajuan pulau. PN boleh menawarkan inisiatif yang lebih mampan, sesuai dengan penduduk, untuk sebelah tanah besar. Sebagai contoh membangunkan kawasan-kawasan Melayu seperti Penanti, Tasek Gelugor, Permatang Pauh, Seberang Jaya dan Bukit Mertajam bagi membuka peluang ekonomi kepada penduduk Melayu. Bangunkan banyak rumah mampu milik kerana harga-harga rumah di Pulau Pinang sangat mahal. Hanya satu kaum sahaja yang mampu membelinya.

Penambakan pulau di Pulau Pinang merupakan cita-cita kerajaan DAP untuk membangunkan nilai hartanahnya dan memperbesarkan tanah di pulau. Mereka berharap untuk memulakan kerja-kerja penambakan untuk PSI dan dengan itu, kerja-kerja di PIL1 dan LRT juga akan dimulakan. PN boleh memperjuangkan nasib nelayan yang pastinya akan terjejas dengan ekosistem yang berubah. PN juga boleh bersuara apabila hartanah tambakan komersial giat diperbesarkan, maka semakin ramai penduduk Melayu akan keluar dari pulau, dan ramai expatriate dari Singapura, Taiwan, ataupun China akan membeli hartanah di pulau. Komposisi kaum menjadi tidak seimbang sama sekali. PN perlu keras menjuarai masalah masa depan negara ini di mana ia boleh menyebabkan hanya satu kaum sahaja akan berada di bahagian pulau itu.

Kerajaan negeri juga bersedia untuk memulakan Fasa Satu projek LRT yang menghubungkan Bayan Lepas ke Komtar dan ke Tanjung Bungah selepas kerajaan pusat mengumumkan pembiayaan bagi projek itu. Manakala Fasa Dua LRT akan menghubungkan Seberang Perai di tanah besar ke Komtar di pulau itu. PN perlu bersuara bahawa dengan projek yang begitu mahal ini, bagaimana dengan nasib penduduk Melayu yang terus ketinggalan ? Adalah lebih baik wang itu disalurkan dalam memberi kemudahan bantuan pendidikan, kesihatan mahupun pembangunan IKS bagi meningkatkan taraf hidup orang Melayu di Pulau Pinang supaya seiring dengan kaum Cina.

Pulau Pinang mahu menjadi negeri maju pada 2030, tetapi hanya ada satu kaum sahaja yang akan maju jika PN tidak segera memulakan idea drastik untuk mentadbir negeri itu.

Untuk politik, PN boleh mencadangkan apabila menang kelak, lakukan sempadan semula untuk DUN-DUN di Pulau Pinang supaya lebih adil dan sama wakil rakyat mengikut kawasan, dan melakukan pemindahan pusat pentadbiran negeri ke tanah besar, sebagai contoh di Batu Kawan. Ini secara tidak langsung boleh mengurangkan kesesakan di sebelah pulau dan merancakkan pembangunan kawasan bandar di kawasan orang Melayu.

Walaupun Ketua Menteri Pulau Pinang percaya negeri itu kini berada di landasan yang betul dan cepat pulih selepas impak pandemik Covid-19, namun hakikatnya kaum-kaum lain selain Cina jauh ketinggalan dari segi taraf hidup. Di segmen inilah PN harus bekerja kuat dalam menceritakan visi mereka supaya boleh memenangi hati rakyat Pulau Pinang.

PN perlu jauhkan dari idea Sanusi untuk mengambil Pulau Pinang kembali daripada Kedah ! PN perlu menang di Pulau Pinang supaya orang Melayu terbela.

 

Mamu Pulau Tikus – Penang 

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img