spot_img
spot_img

Menteri Pengangkutan Singapura bebas ikat jamin siasatan kes rasuah

spot_img

SINGAPURA: Menteri pengangkutan Singapura telah ditahan berhubung siasatan rasuah yang jarang kedengaran di negara republik itu yang turut menjerat hartawan hotel yang berasal dari Malaysia, kata badan anti rasuah negara itu.

Menteri Pengangkutan S. Iswaran ditahan pada 11 Julai 2023 dan kemudian dibebaskan dengan jaminan, Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB – Corrupt Practices Investigation Bureau) berkata dalam satu kenyataan melalui e-mel lewat Jumaat lalu, mengesahkan penahanan itu buat kali pertama.

- Advertisement -

(Menteri Pengangkutan Singapura S. Iswaran)

Manakala seorang lagi, taikun hotel Ong Beng Seng, salah seorang orang terkaya Singapura, turut ditahan pada hari yang sama dan dibebaskan dengan ikat jamin berhubung siasatan itu, kata biro itu.

Biro itu tidak mendedahkan butiran penyiasatan yang telah tular dan sensasi di negara kecil itu, yang terkenal sebagai sebuah hab kewangan global dan antara negara paling kurang rasuah di dunia.

- Advertisement -

Menteri-menteri kabinet dibayar gaji setanding dengan golongan berpendapatan tinggi dalam sektor swasta untuk mencegah rasuah.

Ong ialah pengarah urusan Hotel Properties Limited (HPL), yang memiliki rangkaian hotel dan resort mewah di lokasi sekitar Asia dan Pasifik.

Dalam pemfailan dengan Bursa Singapura pada hari Jumaat, syarikat itu berkata bahawa Ong telah diberi “notis penahanan” oleh CPIB dan telah membayar ikat jamin.

Walaupun pasport mereka yang ditahan secara amnya, Ong telah diberikan kebenaran untuk meninggalkan Singapura pada hari Jumaat, dengan CPIB menyatakan ia menganggap permintaan untuk perjalanan ke luar negara “berdasarkan kes demi kes”.

CPIB berkata ia telah “menerima permintaan Ong untuk melancong ke luar negara”, tetapi meningkatkan jaminannya kepada Sg$100,000 ($76,000).

“Apabila dia kembali, Ong dikehendaki melaporkan diri kepada CPIB dan menyerahkan pasportnya kepada biro,” tambah CPIB.

Ong, merupakan seorang rakyat Malaysia yang mendapat penduduk tetap Singapura, terkenal kerana membantu membawa Grand Prix Formula Satu ke Singapura pada 2008.

(Ong kanan, bersama bekas CEO F1 Bernie Ecclestone)

Syarikat swastanya Singapore GP dan Lembaga Pelancongan Singapura tahun lalu memperbaharui kontrak untuk menjadi tuan rumah perlumbaan F1 sehingga 2028.

Manakala Iswaran telah diarahkan bercuti awal minggu ini oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong selepas CPIB berkata menteri itu “pada masa ini perlu membantu” siasatan yang sedang dijalankan.

Lee berkata badan antirasuah itu telah meminta kelulusannya untuk siasatan rasmi yang akan melibatkan temu bual Iswaran.

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img