Free Porn
xbporn

https://www.bangspankxxx.com
spot_img
spot_img

Kesan penyokong Najib pada PH-BN ?

spot_img

PETALING JAYA: PH dan BN akan mendapat manfaat yang besar jika disokong oleh Najib dan penyokongnya dalam pilihan raya enam negeri tidak lama lagi. Namun penyokong Najib bukanlah penentu utama kejayaan PH-BN. Rekod PRU15 lalu menunjukkan BN bernasib buruk walaupun dengan sokongan mereka.

Terdapat beberapa ‘ketua’ penyokong Najib yang mungkin tidak menjawab gesaan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi untuk menyokong gabungan perpaduan itu jika bekas Ahli Parlimen Pekan itu masih kekal di dalam penjara.

Penyokong Najib dari UMNO melihat tiada tanda Najib akan diampunkan dan usaha dilakukan oleh kepimpinan sekarang, jadi agak sukar untuk melihat penyokongnya menyokong kerajaan perpaduan dalam pilihan raya negeri ini.

- Advertisement -

Jika boikot ini berlaku, ia akan memberikan sedikit kerugian undi untuk PH-BN dalam pilihan raya negeri, memandangkan asas sokongan besar bekas presiden UMNO itu.

Bukan itu sahaja, kemungkinan bukan semua penyokong BN akan mengundi PH, dan begitu juga sebaliknya.

Perpaduan di dalam parti komponen kerajaan Madani perlukan masa. Sudah berdekad lamanya pemimpin BN menuduh DAP sebagai parti komunis, dan menyatakan pendirian mereka ‘No Anwar, No DAP’ dengan jelas pada PRU15 lalu.

- Advertisement -

Manakala PH pula sentiasa menggambarkan BN sebagai terlalu sinonim dengan rasuah. Inilah cabaran terbesar yang memerlukan usaha besar dan masa untuk parti politik komponen dalam kerajaan memujuk penyokong-penyokong mereka menyokong gabungan PH-BN ini.

Gabungan tidak mustahil oleh mana-mana parti politik. Semua parti politik di Malaysia pernah bekerjasama di antara satu sama lain. Tetapi daya ketahanan gabungan itu berbeza. Hanya BN berjaya mempunyai pakatan yang lama dari parti pelbagai kaum sejak merdeka.

Kali ini di PRN sekiranya BN mendapat keputusan yang buruk, ia akan memberi signal merbahaya kepada Zahid dan peluang membebaskan Najib juga menjadi tipis. Zahid di mana imejnya telah musnah teruk sejak dihentam dari PRU14 lagi, dilihat tidak berjaya menyatupadukan UMNO. Di dalam UMNO sendiri masih terdapat perpecahan antara yang menyokong Presiden dan yang inginkan Presiden berundur segera. Musuh Zahid mahu memastikan UMNO mendapat prestasi buruk pada PRN ini, dan tekanan akar umbi mereka akan lebih meningkat terhadap Zahid untuk berundur, sekaligus mempunyai Presiden yang mempunyai naratif yang baru. Mereka ini berharap, gabungan UMNO dengan DAP wajib dihentikan.

Minggu lalu, pengerusi BN Zahid menyeru penyokong Najib untuk menyokong kerajaan perpaduan dalam pilihan raya akan datang di enam negeri.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun berikutan sabitan kes rasuah SRC International. Peguam dan penyokongnya mendakwa dia tidak diberikan perbicaraan yang adil. Langkah untuk mendapatkan pengampunan diraja, disokong oleh Umno, telah dimulakan pada April.

Penyokong Najib perlu lebih rasional. Jika mereka berhasrat untuk memboikot pilihan raya negeri, Najib akan terus terbantut jika Umno semakin lemah berikutan prestasi buruk dalam pilihan raya negeri. Itu lebih berisiko jika mereka memboikot.

Atau jika mereka memboikot untuk memberi sokongan kepada parti kerajaan, adakah mungkin penyokong Najib berharap kepada parti lawan pula demi membebaskan bossku ?

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img