spot_img
spot_img

PPIM Dedah Bank jual kes hutang lapuk

spot_img

KUALA LUMPUR : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima banyak aduan mengenai syarikat pemungut hutang yang bertindak melampaui batas sehingga mengugut rakyat untuk mendapatkan kembali hutang.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata terdapat beberapa kes yang disiasat oleh PPIM mendapati syarikat pihak ketiga atau ‘debt collector’ ini tidak dipantau oleh mana- mana agensi kerajaan.

“Mereka sewenang-wenangnya bertindak mengugut mangsa tanpa mempertimbangkan
usaha mangsa dalam menyelesaikan hutang berkenaan,” katanya.

- Advertisement -

Tambah Nadzim, walaupun had kebankrapan telah dinaikkan, pihak pemungut hutang tidak
mempedulikan undang-undang itu malah mengugut untuk melelong harta yang bukan milik mangsa.

“Kami sudah semak dengan Bank Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, Kementerian Kewangan, semua syarikat yang kami dedahkan nama kepada
pihak Bank Negara tidak dipantau oleh mereka atau agensi mahupun kementerian,” katanya.

Lebih memburukkan keadaan, aktivis PPIM yang mengendalikan kes memaklumkan pihak
BNM memberi maklumbalas syarikat-syarikat ini mungkin akan dipantau pada tahun 2035.

- Advertisement -

Dalam satu sidang media hari ini, PPIM bersama seorang mangsa mendedahkan beliau diugut oleh syarikat pemungut hutang walaupun sudah beberapa kali cuba berunding dengan syarikat pemiutang sejak dari awal.

Mangsa berkata selepas kehilangan pekerjaan, beliau menghadapi masalah mendapatkan
pekerjaan lain namun tidak pernah berhenti untuk berusaha menjelaskan hutang beliau yang tertunggak berjumlah RM15,000.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menggesa kerajaan segera campur tangan pantau pihak ketiga beli hutang lapuk dari bank.

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img