spot_img
spot_img

Bukan Islam paling ramai beri rasuah

spot_img

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa orang bukan Islam paling ramai ditangkap atas kesalahan memberi dan menerima rasuah.

Menteri Besar Kedah itu mendakwa apa yang beliau katakan itu benar dan fakta.

Menjelaskan mengapa Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera punca gejala rasuah di Malaysia, Muhammad Sanusi menuding jari kepada DAP yang mula memainkan naratif bahawa pemimpin Melayu terbabit rasuah.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian pada program bual bicara Keluar Sekejap bersama Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan yang disiarkan secara dalam talian malam tadi.

Ditanya strategi PN untuk memenangi pengundi bukan Melayu, Muhammad Sanusi selaku Ketua Pengarah Pilihan Raya berkata, gabungan itu mengetengahkan politik yang harmoni.

Beliau percaya dengan membariskan calon orang Melayu dan Islam yang baik, cenderung membolehkan masyarakat bukan Melayu mengundi calon berkenaan.

- Advertisement -

“PN masih membawa politik yang harmoni. Saya rasa kalau undi Malaysia, kalau kita tidak terpengaruh dengan politik ekstrem, menakut-nakutkan orang bukan Islam kepada Islam dan kepada tokoh Islam yang dipaparkan sebagai ekstrem. Orang Cina dan India boleh sokong PN, tidak ada masalah.

“Itu latar belakang politik Malaysia. Tetapi kalau calon Melayu kena pergi cari undi Melayu. Kalau nak menang undi Cina, kena pergi cari calon Cina. Itu pembahagian politik berasaskan kaum di Malaysia yang kita tak boleh elak. Tetapi mereka tak bagi pula kita cakap (pasal kaum).

“Saya rasa orang lebih percaya kepada orang Melayu Islam yang baik, yang tidak menimbulkan apa-apa kontroversi. Tidak zalim. Kita tawarkan benda begitu,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img