spot_img
spot_img

Polis berjaya patahkan scam email RM28juta

spot_img

KUALA LUMPUR (10 Julai): Polis berjaya menghentikan pemindahan wang lebih RM28 juta ke akaun bank luar negara, selepas mengesyaki ia dikaitkan dengan penipuan kompromi e-mel perniagaan (BEC – Business Email Compromise).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, ia dijayakan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) dan mangsa yang membuat laporan polis pada Khamis lalu (6 Julai).

Beliau berkata berdasarkan siasatan, sejak Januari tahun ini, syarikat mangsa yang berpangkalan di Malaysia telah berurusan dengan sebuah syarikat di luar negara untuk mendapatkan LPG (gas petroleum cecair / Liquid Petrol Gas).

- Advertisement -

“Bagaimanapun, pada 22 Jun lalu, syarikat mangsa menerima e-mel daripada wakil syarikat pembekal, mengarahkan pembayaran dibuat ke akaun baharu,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin (10 Julai) malam.

BEC ialah sejenis syarikat yang menyasarkan penipuan, di mana sindiket itu dipercayai melakukan penipuan dengan menggodam e-mel syarikat bagi tujuan memantau urus niaga mereka, sebelum menyamar sebagai rakan kongsi perniagaan atau pembekal untuk meminta syarikat klien membayar sejumlah wang.

Ramli berkata, syarikat itu membuat pembayaran ke akaun berkenaan, namun mangsa hanya menyedari dia ditipu apabila syarikat pembekal sebenar memaklumkan masih belum menerima bayaran tersebut.

- Advertisement -

Bertindak atas maklumat laporan, polis dengan kerjasama BNM, mengesan pemindahan bank itu dan berjaya menghalang sejumlah RM28,361,636.68 daripada dipindahkan ke akaun bank asing.

Ramli berkata, kes itu masih disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Beliau berkata sebagai langkah pencegahan, orang ramai khususnya perniagaan yang menggunakan e-mel itu dalam urusan harian mereka diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dan memastikan e-mel yang diterima adalah daripada pembeli atau penjual sebenar.

“Berhati-hati jika ada arahan berkaitan pertukaran akaun bank untuk tujuan pembayaran. Sebaik-baiknya, hubungi penjual atau syarikat pembekal melalui panggilan telefon untuk pengesahan,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img