spot_img
spot_img

KPJ, Gentari terajui penyelesaian tenaga bersih

spot_img

PETALING JAYA: KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) komited memacu usaha nyahkarbon dalam sektor penjagaan kesihatan, sekali gus mendorong penyedia penjagaan kesihatan swasta terbesar di Malaysiaitu ke arah penyahkarbonan dan pertumbuhan mampan.

Menerusi gabungan tenaga dengan Gentari Sdn. Bhd., KPJ Healthcare akan mengorak langkah lebih jauh untuk mengintegrasikan mobiliti hijau dan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui ke dalam operasi KPJ Healthcare.

Perkongsian ini menandakan titik permulaan penting dalam komitmen KPJ Healthcare terhadap usaha kemampanan dan penggunaan meluas ekosistem tenaga bersih di seluruh rangkaian hospital kumpulan.

- Advertisement -

Antara bidang utama yang digariskan dalam memorandum persefahaman (MoU) tersebut ialah pemasangan fasiliti Pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) di 10 buah hospital KPJ Healthcare.

Stesen pengecasan ini akan disediakan kepada orang ramai mengikut pembayaran berasaskan penggunaan, dalam menyokong infrastruktur EV di Malaysia yang semakin berkembang dan menggalakkan penggunaan EV dalam kalangan kakitangan, pesakit dan pelawat.

Pegawai Pimpinan KPJ Healthcare, Norhaizam Mohamed berkata, dengan rangkaian 29 buah hospital pakar dan gabungan kepakaran serta sumber, pihaknya percaya akan dapat menetapkan piawaian industri baharu, mewujudkan amalan terbaik, dan memacu perubahan positif dalam sektor penjagaan kesihatan.

- Advertisement -

“Program kemampanan sedia ada kami telah meletakkan asas yang kukuh, namun kami memahami keperluan untuk mempercepatkan usaha kami.

“Kerjasama ini selaras dengan komitmen kami untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi sambil mengutamakan penjagaan alam sekitar.

“Bersama-sama dengan Gentari, kami akan bekerjasama untuk mempercepatkan peralihan ke arah operasi yang mampan dan memberi kesan yang bermakna terhadap pelepasan di peringkat global,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Gentari, Shah Yang Razalli berkata, di Gentari, pihaknya menyedari penggunaan tenaga yang ketara dalam industri penjagaan
kesihatan mesti disokong oleh amalan mampan.

“Adalah menjadi penghormatan kepada kami untuk bekerjasama dengan KPJ Healthcare untuk menyokong pendekatan bertanggungjawab mereka terhadap operasi harian.

“Dengan penyepaduan penyelesaian tenaga bersih, kami berhasrat untuk membantu KPJ Healthcare dalam mengurangkan jejak karbon mereka dan menyumbang ke arah mencapai matlamat kemampanan mereka,” ujarnya.

 

 

Sumber – UTUSAN

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img