spot_img
spot_img

Mangsa dakwa kerugian hampir RM10 juta dalam penipuan pelaburan

spot_img
Peguam Dinesh Muthal bersama mangsa penipuan skim pelaburan yang mendakwa kerugian sehingga RM10 juta

KUALA LUMPUR : Sekumpulan ahli perniagaan mendakwa menjadi mangsa penipuan pelaburan sehingga menyebabkan kerugian sehingga RM10,000,000.

Peguam mewakili kumpulan itu Dinesh Muthal berkata pihaknya sudah membuat laporan polis sejak dua minggu lalu mengenai perkara itu.

“Setakat ini, 20 orang mangsa sudah tampil membuat laporan dan jumlah kerugian berbeza antara RM250,000 sehingga RM1.5 juta,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

- Advertisement -

Menurut beliau, setakat ini pihaknya telah membongkar tiga jenis penipuan yang dilakukan oleh seorang ahli perniagaan.

Seorang mangsa, yang juga ejen insurans Datuk Selvamani Ramasamy, dari Setapak berkata beliau mengenali individu yang dikenali sebagai Datuk M sebagai pelanggan insurans sejak 2009.

“Datuk M mula mendekati saya untuk mengajak saya melabur dalam perniagaannya pada 2012. Ketika itu jumlah pelaburan yang diminta hanya RM100,000,” katanya kepada media.

- Advertisement -

Beliau berkata selepas pelaburan pertama berjaya memperoleh keuntungan 26 peratus sepanjang 20 bulan, Selvamani berkata Datuk M sekali mengajak beliau untuk melabur kali kedua dalam perlaburan lain.

“Melihatkan pertama berjaya memberi pulangan saya bersetuju untuk melabur kali kedua sebanyak RM15,000 sepanjang 20 berjumlah, RM300,000,” katanya.

Selain itu Selvamani berkata Datuk M turut membuka beberapa lagi skim pelaburan sehingga kini.

“Dividen yang dijanjikan tidak dibayar kepada saya sebaliknya Datuk M mendakwa telah melabur kedalam beberapa skim pelaburan lain yang turut di terajui oleh beliau,” katanya.

Seorang lagi mangsa yang tidak boleh dinamakan mendakwa kerugian RM3.3juta dalam tempoh 24 bulan.

“Beliau mendekati saya melalui seorang lagi rakan perniagaan dan membentangkan perancangan perniagaan yang meyakinkan,” katanya.

Pada awalnya mangsa melaburkan RM1.5 juta dan menerima bayaran dividen sebanyak RM300,000.

“Setelah menerima dividen pertama, saya mula mempercayai beliau dan menambah pelaburan sehingga RM3.3 juta,” katanya.

Sehingga kini mangsa tidak dapat menghubungi pihak syarikat dan telah mendapatkan khidmat peguam untuk menuntut balik wangnya.

Mangsa turut membuat laporan polid terhadap penipuan pelaburan ini dan kes masih dalam siasatan polis.

Pihak media telah menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur mengenai perkara ini namun belum mendapat sebarang maklumbalas.

 

 

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img