spot_img
spot_img

Takut didakwa bermain kutu, pengurus mengaku buat laporan palsu

spot_img

KUALA LUMPUR : Seorang lelaki mengaku membuat laporan palsu terhadap seorang ahli perniagaan bergelar Datuk kerana takut didakwa atas kesalahan terlibat dalam skim kutu.

Perkara itu didedahkan Datuk S Murugan setelah lelaki berusia 43 tahun itu hadir ke pejabatnya dan menyerahkan salinan laporan polis mengakui perbuatannya.

“Beliau hadir ke pejabat saya pagi ini setelah melihat laporan akhbar semalam dan memohon maaf serta memaklumkan beliau telah menarik balik laporan polis yang dibuat bersama sembilan individu lain,” katanya dalam saru sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

- Advertisement -

Murugan berkata lelaki itu mendakwa dipaksa membuat laporan palsu oleh seorang lelaki yang memberitahunya jika beliau mengaku ditipu oleh scam pelaburan, peluang untuk mendapatkan balik wangnya adalah lebih cerah dan proses itu lebih cepat.

“Beliau turut diugut jika mengaku terlibat dengan kutu, beliau akan diambil tindakan dan wang pelaburannya akan hangus,” katanya.

Semalam media melaporkan akibat menyertai skim ‘kutu’ diasaskan rakan baik, seorang ahli perniagaan mendakwa dituduh sebagai ‘scammer’ selepas pengasas skim gagal melunaskan bayaran kepada ahlinya sejak enam bulan lalu.

- Advertisement -

Murugan mendakwa ditohmah di media sosial oleh sekumpulan individu sebagai dalang skim berkenaan, sedangkan dakwanya, dia sendiri menjadi mangsa.

Datuk S Muruga menunjukkan laporan polis dibuat oleh seorang daripada 10 individu yang memfitnahnya

Ahli perniagaan itu menyertai skim berkenaan sejak 2019 dan membuat pembayaran RM20,000 sebulan sebelum kerugian kira-kira RM120,000 apabila skim itu mula bermasalah.

” Sekumpulan ahli kutu mendakwa saya adalah ‘scammer’ skim pelaburan, dan telah memberi rasuah kepada polis untuk tutup kes dan sebagainya, sedangkan perkara itu tidak betul,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img