KUALA LUMPUR 4 Julai : Harga saham MyNews Holdings Bhd melonjak hampir 11 peratus kepada 46.5 sen sesaham semalam, setelah tular ahli perniagaan, ahli Parlimen Setiawangsa dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani akan menjadi pemegang saham dalam syarikat itu.
Dipetik melalui The Edge Weekly, Johari dikatakan sedang mengintai untuk membeli kepentingan dalam MyNews.
Pada 27 Jun 2023, syarikat itu berkata ia bercadang untuk menerbitkan sehingga 62.8 juta saham MyNews baharu, mewakili tidak lebih daripada 10 peratus daripada jumlah keseluruhan saham MyNews terbitan dalam syarikat itu pada 31 Mei 2023, untuk mengumpul sebanyak RM29.33 juta.
Keseluruhan daripada hasil itu, atau kira-kira RM22.88 juta, akan digunakan untuk membuka 48 kedai serbaneka di Malaysia dalam tempoh 12 bulan akan datang, manakala bakinya adalah untuk keperluan modal kerja, yang termasuk pembayaran kepada pemiutang perdagangan, perbelanjaan jualan dan pemasaran , dan perbelanjaan harian yang lain.
Harga saham MyNews ditutup pada 7.14 peratus lebih tinggi pada 45 sen setakat 3.16 petang semalam.