spot_img
spot_img

SPR terima pembubaran DUN 6 negeri

spot_img

Putrajaya 3 Julai: Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa badan itu telah menerima kesemua pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh enam buah negeri.

Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan akan mengadakan pilihanraya negeri tidak lama lagi. Penganalisis politik percaya bahawa pilihanraya kali ini adalah perlawanan dua penjuru antara Kerajaan Madani (PH-BN) dengan Perikatan Nasional (PN – PAS, Bersatu dan Gerakan).

SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada Rabu ini, bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pilihanraya seperti writ pilihanraya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih dan lain-lain perkara yang berkaitan pengundian.

- Advertisement -

Ia akan dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Abdul Ghani Salleh, Pengerusi SPR. Sidang media juga dirancang sejurus selepas mesyuarat khas tersebut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img