spot_img
spot_img

Hanya 1 daripada 7 mesin pengimbas Kastam berfungsi di KLIA

spot_img

PUTRAJAYA: Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan tinjauan ke KLIA, terkejut dan kesal apabila hanya satu daripada tujuh mesin pengimbas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) di Terminal 1 yang berfungsi.

Maklumat yang diterima beliau, bahawa masalah tersebut dikatakan telah berlarutan bertahun lamanya tetapi tidak diatasi.

“Kebetulan saya Menteri Kewangan dan Kastam di bawah tanggungjawab saya tetapi takkan hendak tunggu menteri turun baru tahu yang mana rosak?” soal Anwar.

- Advertisement -

Namun Perdana Menteri masih ‘bersangka baik’, dan berkata mungkin kelemahan penyampaian maklumat di peringkat bawahan kepada pihak atas perlu diperbaiki.

Beliau juga menggesa pegawai atasan yang bertanggungjawab untuk turun ke bawah melihat kelemahan yang boleh ditambah baik untuk mengelakkan persepsi rakyat yang akan mengecam apatah lagi memberi gambaran negatif secara umum kepada Jabatan Imigresen.

Jelas Anwar, kelulusan segera boleh dibuat sekiranya kos mesin pengimbas tersebut sekitar berapa juta ringgit.

- Advertisement -

Perdana Menteri mahu penyisatan segera untuk diselesaikan kerana ia merupakan pintu masuk negara dan keadaan itu mendesak. “Bayangkan tujuh buah sudah lama rosak sejak beberapa tahun lalu,” katanya dalam nada kesal.

Dalam isu yang berkaitan, dua jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri iaitu Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara sedang disiasat pihak berkuasa berhubung amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Perdana Menteri berkata, beliau menerima maklumat ada unsur salah guna kuasa di JPN apabila proses untuk mendapatkan sijil warganegara dikenakan bayaran tertentu oleh mereka yang layak mendapat status kewarganegaraan.

Beliau menegaskan itu tidak menggambarkan keseluruhan organisasi jabatan tersebut.

“Sebab itu saya pergi dengan merumuskan untuk mempertahan integriti dan kewibawaan Jabatan imigresen keseluruhannya tetapi masih menekankan supaya beberapa kelompok kecil yang masih meresa selesa cara lama harus bertindak segera dan keras kerana perkara yang berlaku menjejaskan kerjaya kita, imej jabatan penjawat awam dan negara keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bulan Julai, di sini hari ini.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img