spot_img
spot_img

Bersatu mahu menteri pelancongan ditukar

spot_img

SEREMBAN – Kerajaan disaran supaya menggantikan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan menteri baharu yang lebih berkelayakan.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang pernah menjadi Timbalan Menteri Pelancongan dari tahun 2015-2018 mendakwa, insiden yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini menunjukkan Datuk Seri Tiong King Sing tidak layak berkhidmat sebagai menteri berkenaan kerana kurang sifat diplomasi, menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta menuduh penjawat awam dengan tuduhan terbuka.

“Ganti terus Tiong King Sing dengan yang boleh membantu membangunkan industri pelancongan tempatan”, ujarnya.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Ceramah Perdana Gelombang Nismilan Kito Ubah di Markas Pas Port Dickson di sini pada Ahad.

Mas Emeryanti juga memberitahu yang beliau berasa malu dengan insiden itu kerana seorang menteri tidak sepatutnya masuk campur soal yang bukan berkaitan dengan kementeriannya. Malah beliau berkata menteri itu telah menjatuhkan air muka pegawai Jabatan Imigresen (JIM) dengan perkataan ‘You are the culprit‘ dan membuat tuduhan menerima suapan RM3,000 di khalayak ramai.

- Advertisement -

Ujarnya, berdasarkan pengalamannya di bawah kementerian itu, jika ada maklumat kes-kes tertentu ia akan diselesaikan secara kolaborasi dengan agensi berkaitan.

“Kita beri maklumat dan biar tindakan dibuat oleh JIM bukannya tindakan melulu dibuat menteri,” katanya.

Sebelum ini UMNO juga turut menempelak insiden tersebut .

“Kamu menteri, bukan penjual Bak Kut Teh” – Pemuda UMNO

Kejadian itu turut tular di media sosial apabila menteri terbabit dikatakan masuk ke ruangan itu tanpa memohon pas keselamatan.

Perbuatannya dikatakan bagi ‘menyelamatkan’ seorang wanita warga China yang dinafikan kemasukan ke negara ini sebaik tiba di lapangan terbang.

Bagaimanapun King Sing dalam kenyataan medianya pada Sabtu mengakui terbabit dalam insiden itu malah menyifatkan tindakannya bagi membongkar ‘peristiwa’ memalukan.

Beliau mendakwa wujudnya budaya rasuah dilakukan segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa yang kronik di pintu masuk negara.

Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pula berkata walaupun YB Menteri mempunyai pas khas, namun menteri itu telah melanggar Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang seorang penjawat awam dari melaksanakan tugasnya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Bersatu itu, kerajaan boleh mengambil tindakan terhadap King Sing supaya menjadi contoh kepada mana-mana pihak, bahawa tiada siapa boleh menghalang atau menekan penjawat awam dalam melaksanakan tugas mereka.

 

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img