spot_img
spot_img

Tidak perlu layan kenyataan KJ terhadap UMNO

spot_img

JOHOR BAHRU – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin enggan melayan kenyataan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) yang dilihat terus memburukkan UMNO.

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi itu, Khairy Jamaluddin tidak akan mengeluarkan kenyataan yang baik terhadap UMNO. Oleh itu lebih baik beliau tidak memanjangkan lagi apa yang dibangkitkan oleh KJ. Namun Khaled juga berkata dia tidak berharap KJ akan berkata perkara-perkara yang baik terhadap UMNO. Beliau ditemuramah wartawan pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Perhubungan UMNO di Ibu Pejabat UMNO Johor pada Ahad.

Pada Sabtu lepas, sebuah media melaporkan Khairy Jamaluddin menyifatkan UMNO umpama terjatuh ke lembah gelap dan sukar dipulihkan.

- Advertisement -

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu mengakui meskipun masih sayangkan parti itu, namun beliau sendiri tidak pasti sama ada UMNO boleh pulih atau sebaliknya.

Pada Januari lalu, Khairy yang juga sebelum ini Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau dipecat keahliannya daripada UMNO kerana mengkritik parti yang diwakilinya di pentas kempen PRU15 yang lalu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img