spot_img
spot_img

“Kamu menteri, bukan penjual Bak Kut Teh” – Pemuda UMNO

spot_img

KUALA LUMPUR – “Kamu perlu ingat, kamu adalah menteri, bukan penjual bak kut teh”.

Demikian teguran Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berhubung dakwaan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berhubung wujud budaya rasuah melibatkan anggota imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dr Akmal berkata, tuduhan yang dibuat terhadap badan penguatkuasaan itu merupakan satu perkara yang berat selain ia memerlukan penjelasan pihak imigresen dan siasatan pihak berwajib.

- Advertisement -

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menegur King Sing yang masuk sesuka hati kemudian marah pegawai imigresen tanpa asas dan bukti kukuh.

(Tular video King Sing menerjah pegawai imegresen berkenaan isu pelancong China)

- Advertisement -

Menerut Dr Akmal ia menimbulkan imej yang tidak baik di mata rakyat kerana sepatutnya seorang menteri tahu apakah garis panduan yang perlu dilakukan jika terdapat salah laku, bukan masuk dan menghentam serta memarahi pegawai imigresen tersebut.

Dalam isu yang sama, hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan mengejut ke KLIA, berikutan insiden kekecohan membabitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis lalu.

(Anwar melakukan lawatan mengejut di jabatan imigresen KLIA hari ini)

Perdana Menteri berkata, beliau walau bagaimanapun masih meneliti langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyelesaikan isu berkenaan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img