spot_img
spot_img

Agong minta TH kaji keselesaan jemaah haji negara di Mina

spot_img

MEKAH, 2 Julai — Isu ruang terhad dan sesak di Mina mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang prihatin terhadap kebajikan jemaah haji Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata Seri Paduka yang prihatin terhadap kebajikan jemaah haji Malaysia, telah menghantar perutusan untuk baginda meneliti perkara itu.

Susulan itu, menteri itu berkata beliau telah berbincang dengan pengurusan tertinggi Tabung Haji (TH) untuk Jawatankuasa Penasihat Jemaah Haji (TH-Jakim) bagi memberi cadangan menambah baik keadaan.

- Advertisement -

“Islam adalah agama yang memberikan penyelesaian kepada setiap masalah yang timbul. Jika isunya mengenai ruang yang terhad dan sesak di Mina, mabit di Mina, perkara ini perlu dibincangkan oleh penasihat syariah untuk mencari penyelesaian terbaik,” katanya pada sidang media di sini.

Isu ruang terhad dan sesak di Mina, diburukkan lagi dengan masalah kerosakan sistem penghawa dingin di khemah penginapan di Mina pada musim haji ini, diperkatakan di media sosial dan turut dilaporkan oleh sebuah portal berita berbahasa Inggeris.

- Advertisement -

Mohd Na’im berkata terdapat jemaah haji dari negara lain yang tinggal di luar kawasan Mina yang berulang-alik ke Mina untuk “mabit”.

Menurutnya, keluasan kawasan Mina tidak berubah walaupun jumlah jemaah haji meningkat setiap tahun.

“Jumlah jemaah akan bertambah tetapi kawasan Mina akan seperti sedia ada. Jadi, ijtihad baru mungkin diperlukan untuk menampung pertambahan jemaah haji.

“Tujuannya adalah untuk memastikan keselesaan kepada jemaah haji supaya mereka dapat menunaikan kewajipan agama dengan lebih baik dan mudah,” katanya.

Sementara itu, Mohd Na’im berkata TH akan mengadakan pertemuan dengan pelbagai kementerian dan agensi yang menyediakan perkhidmatan haji di Arab Saudi bagi menilai semula tahap perkhidmatan dan kemudahan bagi musim haji 1444 Hijrah sebelum jemaah berangkat pulang.

 

Sumber — Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img