spot_img
spot_img

Kesihatan Hadi Awang merosot

spot_img

PETALING JAYA: Kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi dilaporkan sedikit merosot dan kini sedang menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital.

Perkhabaran itu dikongsikan anaknya, Muhammad Khalil menerusi perkongsian di Facebook pagi ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk itu juga memohon orang ramai mengadakan solat hajat khusus dan mendoakan kesembuhan buat Ahli Parlimen Marang itu.

- Advertisement -

“Malah kehadiran ayahanda ke pelancaran jentera pilihan raya DPPN Terengganu tempoh hari sudah pun dalam keadaan keuzuran, namun tetap digagahkan dirinya.

“Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada ayahanda Tuan Guru, berkat doa yang dipanjatkan oleh kita semua,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img