spot_img
spot_img

Bank Islam labur RM250juta pembangunan teknologi maklumatnya

spot_img

PETALING JAYA: Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) memperuntukkan RM250 juta bagi perbelanjaan modal (Capex) untuk menaik taraf infrastruktur teknologi maklumat (IT) dan semua saluran digitalnya tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, jumlah tersebut sudah dilaburkan dan bank berkenaan dalam usaha mempercepatkan pelaksanaannya bagi menampung pertambahan pengguna digitalnya.

“Sebenarnya, kami telah memperuntukkan Capex kira-kira RM250 untuk tahun ini bagi Bank Islam dan daripada jumlah berkenaan sebanyak RM200 juta adalah untuk teknologi dan infrastruktur.

- Advertisement -

“Jadi itu telah pun masuk (Capex) cuma apa yang perlu kita lakukan adalah terus mempercepatkan program itu memandangkan kami melihat jumlah pengguna digital kami berkembang pantas dalam tempoh 12 bulan lalu,” katanya baru-baru ini.

Menurut Mohd. Muazzam, bagi menampung keperluan pengguna digitalnya, Bank Islam akan terus melabur dalam infrastruktur digital dengan meletak lebih banyak pelayar bagi memenuhi jangkaan pertumbuhan pengguna.

Ujar beliau, Bank Islam menyedari jumlah penggunaan aplikasi mobilnya bertambah sejak 12 bulan lalu memandangkan pengguna mula beralih menggunakan pembayaran melalui aplikasi perbankan di telefon pintar.

- Advertisement -

“Sebelum ini pelanggan kami menggunakan aplikasi Bank Islam hanya beberapa kali sahaja dalam tempoh sebulan, namun sejak 12 bulan lalu jumlah tersebut bertambah kerana mereka mula menggunakan aplikasi di telefon pintar untuk membuat bayaran.

“Kerana itu kami melihat apa yang diperlukan Bank Islam adalah untuk melabur dan mempercepatkan pelaburan kami dalam infrastruktur digital bagi memudahkan pelanggan kami,” katanya.

 

 

Sumber – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img