spot_img
spot_img

G Wagon ‘The Last Edition’

spot_img

Sudah 30 tahun Mercedes-Benz G Wagon yang bernadikan enjin V8 5.0 liter sudah berada di jalan raya seluruh pelusuk dunia. Ia juga diklasifikasikan sebagai kenderaan mewah.

G Wagon menjadi idaman ramai bagi mereka yang berkemampuan. Sudah bertahun-tahun, G Wagon kekal dengan reka bentuk kotaknya. Sejak dari tahun awal 90-an lagi, enjin V8 yang hebat dan bergemuruh menjadi bunyi kuasa kepada body yang besar lagi berat itu.

Kini, Mercedes meraikan 30 tahun V8 G Wagon tersebut, dengan Edisi Akhir (Last Edition) baharu yang menjadi “hadiah perpisahan buat peminatnya, dengan enjin biturbo V8.”

- Advertisement -

(Warna hijau ini merupakan signature color pada G Wagon edisi akhir)

Mercedes dikhabarkan akan mengeluarkan 1,500 unit sahaja untuk Edisi Akhir G Wagon yang baharu ini.

- Advertisement -

G Wagon memasuki pasaran sebagai keluaran terhad pada tahun 1993.

Edisi Akhir juga menampilkan roda aloi ringan AMG 20-inci dalam reka bentuk lima jejari berkembar, yang telah disiapkan dalam warna yang sepadan dengan bentuk badan yang berwarna hijau. Dua warna yang lain, rim roda dipadankan dengan warna hitam.

Seperti yang kita jangkakan, kereta edisi terhad ini dihiasi dengan lambang “Last Edition”, termasuk pada jalur pelindung luar dan juga sisipan dalam penutup roda ganti di belakang (spare tyre).

Reka bentuk dalaman pula, Edisi Akhir dipadankan dengan pakej kulit penuh Manufaktur baharu, yang dipadankan oleh Mercedes dengan cat luaran. Kemasan ini merangkumi hampir setiap permukaan dalam kulit Nappa, dan menampilkan reka bentuk berlian yang kemas pada bahagian tempat duduk dan tengah. Seperti yang kita jangkakan, ia kelihatan sangat fun untuk memandu.

(Kulit Nappa dalaman G Wagon Last Edition)

Di Eropah semua ini boleh menjadi milik anda dengan harga €196,350 (RM1.2 juta tanpa cukai kenderaan Malaysia). Kira sendiri harganya bila masuk pasaran Malaysia dengan cukai 300% !

Adakah selepas ini tiada lagi Mercedes G Wagon ?

Seperti pembuat kereta lain, mereka perlahan-lahan berusaha untuk melariskan stok yang ada di line up kilang. Oleh itu, Mercedes telah merancang untuk membina G Wagon berkuasa elektrik di masa akan datang, dan dijangka akan dibuka untuk tempahan pada tahun depan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img