spot_img
spot_img

Walau dipujuk, dipelawa, berjumpa berkali-kali, KJ masih ‘play safe’

spot_img

KUALA LUMPUR, 20 Jun — Bekas pemimpin Umno yang dipecat, Khairy Jamaluddin (KJ) terus menjadi dambaan buat parti-parti pembangkang. Namun hingga ke hari ini, beliau masih tidak memberikan jawapan di atas pelawan Perikatan Nasional (PN) yang mempelawa beliau. Tiga parti komponen dalam PN telah mempelawa bekas ahli parlimen Rembau itu, iaitu PAS, Bersatu dan Gerakan.

Dalam nada yang berbeza, Presiden Gerakan Datuk Dominic Lau berkata kepada Sin Chew Daily, KJ tidak perlu menjadi ahli untuk menyokong Perikatan Nasional (PN) pada enam pilihan raya negeri akan datang.

“Harap beliau masih boleh membantu Perikatan Nasional pada masa itu, membantu berkempen semasa enam pilihan raya negeri,” Lau dipetik sebagai berkata.

- Advertisement -

Khairy menyiarkan gambar di Instagram semalam di mana beliau bergambar bersama Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Bersatu.

(Foto yang dimuat naik dalam Instagram milik KJ)

- Advertisement -

Dalam pertemuan itu yang dipetik dari Berita Harian, sumber dari Bersatu menyatakan KJ memberi jaminan kepada Muhyiddin yang beliau tidak akan menubuhkan parti baharu. Namun sumber itu memberitahu, tidak dapat dipastikan sama ada KJ akan menyertai Bersatu atau tidak – mereka masih menanti pengunguman dari Presiden mereka.

KJ, yang tidak mempunyai parti sejak dipecat daripada Umno pada Januari lalu, terus menjadi tajuk utama apabila menghadiri mesyuarat mengenai trajektori ekonomi negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dihadiri oleh pemimpin perniagaan, pakar ekonomi dan ahli politik termasuk Umno vice-president Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Ramai membuat spekulasi bahawa KJ mungkin merancang untuk menyertai kerajaan perpaduan. Tetapi ternyata meleset kerana selepas mesyuarat itu, KJ terus mengkritik Anwar Ibrahim kerana tidak mempunyai hala tuju ekonomi yang mampan.

Tiada hala tuju ekonomi punca Melayu tak puas hati terhadap Anwar – Khairy

Menurut beberapa penganalisa politik, kesimpulan dari pendirian KJ ini adalah indecisive. Dirinya sendiri masih mencari-cari jalan selamat untuk jangka masa panjang dan jangka masa pendek buat dirinya. Beliau tahu jika bersama PN, maka dirinya akan hilang sokongan dari bukan Melayu. KJ adalah antara pemimpin Melayu dari UMNO yang boleh diterima oleh rakyat bukan Melayu.

Penganalisa dari UMNO yang tidak mahu disebut nama pula memberitahu, KJ masih mengharapkan untuk kembali kepada UMNO, namun telah ‘terlajak perahu’ dengan teraju utama parti itu iaitu Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Beliau mengharapkan terdapat perubahan pucuk pimpinan dalam masa terdekat supaya dirinya dan sahabat-sahabat UMNO yang dipecat serta digantung dapat kembali ke UMNO semula.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img