spot_img
spot_img

Hutang negara : Boleh beri RM45,000 kepada setiap 33 juta rakyat Malaysia

spot_img

Sepuluh tahun yang lalu hutang negara Malaysia ialah sebanyak RM539.9 bilion, dan sekarang negara telah mencecah jumlah hutang negara terkumpul sebanyak RM1.5 trillion.

Ia pastinya merunsingkan rakyat Malaysia dan apa yang boleh diperbetulkan daripada jumlah hutang yang begitu besar berbanding pendapatan ini ? Semua pihak harus sedar bahawa ini adalah krisis. Masa depan rakyatnya tidak terjamin seperti dahulu. Ia terdedah kepada risiko buruk.

Mana-mana kerajaan yang mentadbir sangat memerlukan wang untuk beroperasi. Amalan kebiasaannya adalah kerajaan menerima wang dari pihak swasta seperti institusi kewangan , bank-bank tempatan dan luar negara untuk perbelanjaannya. Ada keperluan di mana kerajaan juga mencetak wang sendiri atau dengan erti kata lain melakukan pinjaman dengan bank pusat negara, iaitu Bank Negara Malaysia (BNM).

- Advertisement -

Sepuluh tahun tahun lalu negara menikmati hutang yang terendah iaitu 40% sahaja berbanding keluaran dalam negeri kasar (GDP – gross domestic product). Kemudian hutang yang tidak ditadbir dengan baik terus melonjak hingga ke hari ini. Sejak itu kerajaan terus-menerus meminjam wang untuk mengekalkan pentadbirannya seperti membayar gaji dan membayar hutang.

Semasa wabak Covid19, hutang negara berganda daripada RM686 bilion pada tahun 2017 terus menjadi RM1.1 trilion pada tahun 2021. Ditambah lagi dengan liabiliti dan kos-kos lain, maka kini, hutang negara mencecah RM1.5 trilion.

- Advertisement -

Ia bersamaan dengan membina 167 buah Menara Berkembar Petronas, atau bersamaan dengan memberi RM45,000 kepada setiap 33 juta rakyat Malaysia !

Bukan sahaja nilai hutang ini menakutkan, tetapi bagaimana kaedah kerajaan Malaysia telah mengurus dan membayarnya sebelum ini adalah lebih menakutkan. Formula kerajaan sejak sepuluh tahun yang lepas ialah membuat hutang dengan membayar hutang. Seperti pepatah orang Melayu, ‘korek lubang tutup lubang’. Tahun 2021 sahaja kerajaan telah melakukan pinjaman sebanyak RM100 bilion untuk membayar hutang sahaja. Mungkin sudah tiada cara lain ?

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ada-asas-hutang-kerajaan-meningkat-rm100-bilion-ketua-audit-negara-384486

Kerajaan mencuba beberapa kaedah untuk menignkatkan revenue, seperti percukaian tambahan, tetapi ia tidaklah mudah untuk dilaksanakan. Ini kerana Malaysia mempunyai rakyat yang membayar cukai terendah dan sedikit jumlah pembayar cukai berbanding penduduknya.

Malaysia bernasib baik dianugerah Tuhan mempunyai sumber alam yang kaya. Petronas yang sejak dahulu lagi adalah penyelamat dan cash cow kepada kerajaan, tetapi ini tidak boleh diharap sampai bila-bila lagi kerana pasaran minyak yang tidak menentu dicampur pula dunia sekarang sedang merubah ke arah tenaga yang boleh diperbaharui.

Jika tidak kerana Petronas, ekonomi Malaysia sudah ‘nazak’

Keadaan ekonomi global semasa juga tidak memihak kepada Malaysia secara tidak langsung di dalam membantu ekonomi domestik dan ekspot negara dalam memberi hasil tambahan kepada kerajaan.

Ekspot Malaysia jatuh 4.7% setiap tahun. Ini bermakna kurang pendapatan yang masuk ke dalam kocek negara. Kadar faedah yang dinaikkan oleh bank negara 3% baru-baru ini juga menyebabkan hutang semakin bertambah termasuklah dikalangan rakyatnya.

Kerajaan mencuba di dalam belanjawan terbaru untuk mengatasi masalah ini, tetapi perlaksanaannya tidak radikal dan menyeluruh. Ia memerlukan perubahan drastik kepada asas perbelanjaan dan perolehan pendapatan. Ini belum dapat dilihat dari kerajaan yang mentadbir kini. Masih terkial-kial mencari formulanya.

Semasa krisis negara 1997, kerajaan telah memperkenalkan langkah yang radikal yang perlu disertai oleh semua yang berada di Malaysia. Kerajaan menambat nilai RM kepada USD untuk elak dari terus dimain oleh spekulator matawang, menggalakkan jualan murah pada hartanah dlaam negara, memudahkan pinjaman dari institusi kewangan untuk kecairan eknomi domestik, melarang matawang di simpan di negara luar, diwajibkan membawa pulang simpanan rakyat Malaysia yang berada di bank luar negara dan lain-lain lagi yang tercatat dalam lipatan sejarah. Bukan bermakna masalah hutang kini harus dilaksanakan dengan serupa dengan tahun 1997, tetapi itu adalah contoh ‘radikalnya’ langkah ketika itu dalam menyelesaikan masalah matawang dan ekonomi oleh pentadbiran kerajaan sewaktu itu.

(Tun Mahathir dipuji oleh semua pihak kerana berjaya membawa Malaysia keluar lebih awal dari kerosakan matawang Asia pada tahun 1997 oleh spekulator mata wang, termasuk pujian dari International Monetary Fund – IMF sendiri)

Adakah kita akan menjadi seperti negara Sri Lanka yang telah bankrap dalam masa tahun-tahun terdekat ini ? Ia tidak mustahil menurut bekas Menteri Kewangan ke 2 dan juga ahli korporat, Datuk Seri Johari Ghani, kalau Malaysia tidak berhati-hati.

Ekonomi Sri Lanka menguncup, hutang China masih separuh hutang negara

Kesimpulan yang mudah untuk rakyat fahami tentang kesan daripada hutang ini ialah, jika negara berterusan membayar hutang-hutang ini, dan berterusan menghadapi defisit pendapatan, ini bermakna kuranglah pembangunan  untuk kemajuan negara dan masa depan rakyat Malaysia.

Ya, masa depan kita dalam bahaya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img