spot_img
spot_img

Azmin ‘ayam tambatan’ PN di Selangor

spot_img

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yakin kepimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih lagi ‘bertaring’ selain dilihat sebagai aset penting kepada Perikatan Nasional (PN) di Selangor, katanya yang dipetik melalui temubual oleh Utusan Malaysia.

Ahmad Faizal secara peribadi menyifatkan Azmin memiliki pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan Se­langor dan Persekutuan yang menjadikannya sesuai diletakkan sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Azmin adalah Pengerusi PN negeri, malah di peringkat pusat, Azmin juga menyandang jawatan Ketua Penerangan PN.

- Advertisement -

Kelmarin, Sultan Sela­ngor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor secara rasmi Jumaat ini bagi memberi laluan kepada PRN.

Kata Ahmad Faizal lagi, buat masa ini belum dapat dipastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sesuai untuk Azmin bertanding dan parti menyerahkan kepada strategi itu kepada pucuk pimpinan.

“Ada banyak cadangan yang kami terima tetapi kita akan berbincang semula sebelum buat keputusan calon yang layak bertanding.

- Advertisement -

“Azmin ini bagi saya dia memang pemimpin yang memahami denyut nadi rakyat. Dia adalah individu yang tepat untuk pimpin Selangor,’’ katanya

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img