spot_img
spot_img

Tiga Sahabat Usahawan AIM Kedah terima sijil halal JAKIM

spot_img

PETALING JAYA: Tiga Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Wilayah Kedah menerima sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk perniagaan yang mereka jalankan.

AIM dalam kenyataannya berkata, Sahabat Usahawan Cawangan Yan, Zarina Bakar menerima sijil halal untuk produknya yang berasaskan pes masakan.

Sementara itu, Che Non Ahmad dari Cawangan Kota Setar pula menerima sijil halal untuk produk ketupat palas sejuk beku, manakala penerima ketiga ialah Norli Hamzah dari Cawangan Sungai Petani bagi produk aneka sos.

- Advertisement -

“Pensijilan halal Jakim ini menjadi program utama AIM dalam melahirkan usahawan yang lebih mampan, berdaya cipta yang lebih terkehadapan dan berwawasan untuk menembusi pasaran lebih luas.

“Ini selaras dengan nilai Malaysia MADANI iaitu Daya Cipta yang memberi keutamaan kepada pembaharuan, reka cipta dan reka baharu,” katanya di sini semalam.

Ketiga-tiga Sahabat Usahawan ini menerima sijil halal sempena Fiesta Sahabat Usahawan AIM Wilayah Kedah yang disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick ketika merasmikan majlis penutupan, kelmarin.

- Advertisement -

Seramai 35 Sahabat Usahawan telah terpilih menyertai program Road To Halal yang dilaksanakan oleh Jabatan Pembangunan Usahawan AIM sejak tahun 2022 dan daripada jumlah itu 12 orang telah menerima sijil halal JAKIM.

Pada tahun ini, AIM menyasarkan 40 lagi Sahabat Usahawan akan menerima sijil halal ini apabila sesi bimbingan selesai dilaksanakan di Wilayah Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Dalam pada itu, fiesta yang kembali diadakan selepas terhenti akibat Covid-19 ini turut mengiktiraf Sahabat Usahawan Wilayah Kedah apabila sebanyak lima anugerah diberikan.

“Che Non juga menerima Anugerah Sahabat Usahawan Berjaya bagi perniagaan ketupat palas sejuk bekunya, manakala Norli turut menerima Anugerah Sahabat Usahawan Istimewa untuk perniagaan sos ikan bakar.

“Anugerah Sahabat Usahawan Setia pula diterima oleh Zarina yang menjalankan perniagaan restoran,” ujarnya.

Sementara itu, Anugerah Sahabat Usahawan Dedikasi diberikan kepada Siti Hajar Maidin dari Cawangan Pokok Sena yang menjalankan perniagaan jahitan telekung dan untuk Sahabat Usahawan Muda dianugerahkan kepada Nursyafinaz Mat Zali dari Cawangan Sik yang menjalankan perniagaan Lokcing Bakar.

 

Sumber – Yulpisman Haji Asli UTUSAN

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img