spot_img
spot_img

TPM ajak PN sertai kerajaan perpaduan

spot_img

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri menggesa agar Perikatan Nasional (PN) menghentikan agenda politik, sebaliknya bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan dalam usaha pemulihan ekonomi negara.

Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, semua pihak bebas memberikan pandangan dan kenyataan, namun hanya rakyat yang berhak menilai.

Kataya, setiap orang mempunyai hak menyatakan apa sahaja pandangan, namun pada akhir nanti yang menentukan ialah rakyat sama ada apa yang dinyatakan betul atau tidak.

- Advertisement -

“Dalam konteks Kerajaan Perpaduan, komitmen kita untuk menyatukan rakyat dan apabila rakyat bersatu kita akan membawa rakyat bersama-sama untuk membangunkan negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Pesta Samariang 2023 di Kampung Tunku, Petra Jaya, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta menggulas mengenai kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang mengkritik prestasi Kerajaan Perpaduan yang disifatkan beliau sebagai sangat mendukacitakan.

Justeru itu, Fadillah menggesa PN menyertai Kerajaan Perpaduan dan bukan hanya memilih untuk terus berpolitik dengan mempertikaikan usaha yang dilakukan kerajaan pada hari ini.

- Advertisement -

“Negara memerlukan kestabilan politik untuk memastikan pertumbuhan dan pemulihan ekonomi berjalan lancar. Paling utama sekarang ini ialah bagi memastikan kestabilan politik dan Kerajaan Perpaduan bukan sahaja merangkumi semua wilayah dalam Malaysia tetapi mewakili semua etnik dan agama.

“Malahan, kalau dapat dicadangkan kepada PN, sertailah Kerajaan Perpaduan supaya tidak ada lagi politik dan kita bersama-sama membangunkan negara,” ujarnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img