spot_img
spot_img

Applikasi gaya hidup Islam bekerjasama dengan Al-Rajhi bank

spot_img

KUALA LUMPUR: Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Bhd memeterai kerjasama strategik dengan Noor Luminous Sdn Bhd, syarikat pengendali aplikasi gaya hidup Muslim, TheNoor bagi mempromosikan tawaran perbankan dan kewangan Islam patuh Syariah kepada pengguna aplikasi berkenaan.

TheNoor, yang diterajui dan diasaskan bersama oleh selebriti dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa, akan memperkenalkan perkhidmatan bank digital Rize kepada pelanggan melalui kempen pengiklanan dan promosi serta laman eksklusif.

Sebagai rakan kongsi bank digital rasmi TheNoor, Al Rajhi Bank Malaysia dan Rize akan dapat mencapai 2.8 juta pengguna berdaftar aplikasi di 197 negara.

- Advertisement -

Perkongsian dengan TheNoor adalah selaras dengan komitmen Al Rajhi Bank Malaysia untuk menjangka dan memenuhi pelbagai keperluan pelanggan bagi membantu mencapai objektif mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Al Rajhi Bank Malaysia, Arsalaan (Oz) Ahmed, berkata perkongsian dengan TheNoor akan membolehkan bank itu memenuhi permintaan kewangan moden dengan tawaran perbankan dan kewangan yang inovatif.

- Advertisement -

“Dengan populasi Islam berkembang dua kali ganda lebih pantas berbanding purata global, produk dan perkhidmatan patuh Syariah turut meraih permintaan, dan perkongsian ini bersedia untuk memenuhi keperluan itu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Al Rajhi Bank Malaysia, John Roger Winfield; Neelofa yang juga Pengarah Bukan Eksekutif TheNoor; dan Pengarah Eksekutif TheNoor, Mohd Izzairi Yamin serta Datuk Ahmad Tajuddin Idris.

Arsalaan berkata, seperti bank digital Rize, ia melihat potensi Al Rajhi Bank Malaysia dan TheNoor untuk bersama-sama memanfaatkan teknologi serta pendigitalan bagi memenuhi keperluan yang berkembang serta berubah.

“Rize telah meletakkan haluan baharu dalam ruang digital yang tidak pernah dilakukan oleh institusi kewangan lain di Malaysia sebelum ini.

“Begitu juga, TheNoor ialah aplikasi super gaya hidup Islam pertama di Malaysia yang menyediakan umat Islam di seluruh dunia cara untuk memudahkan amalan harian mereka,” katanya.

Sementara itu, Neelofa berkata, perkongsian antara TheNoor dan Al Rajhi Bank Malaysia adalah tepat pada masanya kerana pendigitalan memacu landskap ekonomi hari ini.

“Permintaan yang semakin meningkat untuk produk dan perkhidmatan patuh Syariah adalah bidang pertumbuhan yang kami mahu terokai, dan dengan hubungan strategik dengan Al Rajhi Bank Malaysia, kami dapat menyediakan aspek perbankan dan kewangan itu,” katanya.

Layari https://www.thenoor.co/my/

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img