Kuala Lumpur : Pengerusi Halal Development Corporation (HDC) yang baru dilantik, Khairul Azwan Harun mahu menerajui badan itu kepada impak positif dan keuntungan besar kepada industri halal negara.
Ia disuarakan semasa sessi town hall hari ini di Pusat Dagangan Dunia KL (WTC) bersama pemain-pemain industri halal. Program tersebut dianjurkan untuk HDC mendapat maklum balas dua hala berkenaan inisiatif dan strategi di masa kini dan masa hadapan.
Khairul Azwan akan mencurahkan segala pengalaman yang ada untuk menjadikan HDC sebagai pemangkin utama industri halal negara ke peringkat dunia.
(Pengerusi HDC Khairul Azwan Harun)
Beliau berkata HDC sebagai sebuah organisasi telah merancang pelbagai inisiatif untuk meransang sektor itu. HDC mahu melibatkan semua pihak di dalam perancangannya supaya ekosistem halal yang menyeluruh dapat dibina.
Khairul Azwan menyifatkam program hari ini sebagai berjaya dan inisiatif serta segala perancangan HDC akan segera dilaksanakan dengan penglibatan pihak yang berkenaan di industri halal.
Jendela Biz yang merupakan syarikat teknologi dan perunding digitalisasi semasa town hall tersebut yakin dengan halatuju HDC yang seiring dengan misi mereka dalam menyediakan platform hub halal digital, yang bermula di Malaysia seterusnya melangkaui sempadan global.
Dengan reputasi negara sebagai pengiktiraf halal yang dihormati dunia Islam melalui HDC, manakala syarikat Jendela Biz pula merupakan pemain teknologi pendigitalan nombor satu negara bagi PKS, sudah tentu hasil besar dapat dinikmati oleh para usahawan tempatan dan meningkatkan nilai eksport halal negara pada masa akan datang.
Foto : HDC Malaysia