KUALA LUMPUR, 15 Jun — Platform penghantaran makanan GrabFood Malaysia akan meraikan ulang tahun mereka yang ke 5 dan mengumumkan ia akan memberi perkhidmatan yang lebih kepada pelanggannya.
Sejak pelancarannya syarikat itu di Malaysia pada Mei 2018, GrabFood kini boleh didapati di lebih 100 daerah di seluruh negara, meliputi 95 peratus daripada anggaran penduduk Malaysia.
Grab mahu menjangkaui lebih dari hanya sekadar menghantar makanan kepada seluruh kawasan di Malaysia.
Selain memperluaskan ketersediaan mereka, GrabFood juga mahu meningkatkan cara platform itu boleh menyokong pelbagai keperluan dan matlamat rakyat Malaysia sama ada pengguna yang mencari pilihan penghantaran mampu milik atau pemilik restoran yang ingin mengembangkan perniagaan mereka.
Dalam aspek ini, GrabFood menyasarkan untuk merevolusikan penghantaran atas permintaan dengan inovasi teknologi yang sentiasa dibina dengan mengambil kira keperluan pengguna.
GrabFood telah berjaya mempunyai rangkaian restoran terluas yang boleh pelanggan pesan. Secara purata bilangan peniaga di GrabFood meningkat lebih dua kali ganda setiap tahun sejak dilancarkan pada 2018.
Baru-baru ini mereka melancarkan Saver Delivery, yang memberikan pengguna bayaran penghantaran terendah daripada hanya RM1.
Bersama-sama dengan GrabUnlimited, yang memberi penjimatan tambahan di seluruh perkhidmatan Grab, pengguna mempunyai pelbagai peluang dan titik sentuhan untuk menjimatkan ringgit mereka.
Platform itu juga kini melengkapkan ciri-ciri sokongan kepada para peniaga yang mendaftar untuk berkembangmaju.
Tinjauan pada 2022 mendapati pengguna di seluruh rantau Asia Tenggara memesan 1.48X lebih banyak pada GrabFood berbanding 2019, dan peniaga kecil menyaksikan peningkatan 26 peratus dalam purata pendapatan bulanan selepas hanya setahun menggunakan Grab.
Memenuhi keperluan ini, Grab telah menghasilkan pelbagai bantuan, latihan dan program yang disasarkan untuk membantu peniaga mereka berkembang. Antara sistem sokongan itu ialah seperti GrabAds, strategi dipacu data dan akses kepada GrabAcademy untuk para peniaga.
Grab komited untuk memberi keseluruhan digital yang terbaik kepada pengguna dan peniaga mereka untuk menjadi perkhidmatan, mudah dan ringkas untuk penghantaran makanan yang berkembang menjadi industri yang dipercayai oleh rakyat Malaysia.
Grab memberi jaminan pelanggan mereka boleh memesan apa-apa sahaja dan di mana-mana sahaja dengan platform mereka.