spot_img
spot_img

Mati dalam tahanan SPRM

spot_img

KUALA LUMPUR, 15 Jun — Seorang lelaki meninggal dunia ketika ditahan untuk disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan hari ini.

Lelaki itu, dikatakan berusia 50-an, adalah antara tiga orang suspek yang ditahan awal minggu ini kerana pengubahan wang haram dan perlombongan haram di Pahang.

Menurut pegawai SPRM, lelaki berkenaan didapi tidak sihat semasa mengambil kenyataan, dan pihak SPRM terus menghantarnya ke hospital Putrajaya. Malangnya suspek meninggal dunia ketika dirawat, menurut sumber ynag dipetik dari The Star.

- Advertisement -

Azam berkata pihaknya telah pun menyerahkan rakaman pengawasan berkaitan kejadian itu untuk siasatan polis.

Lelaki itu dan dua yang lain sedang disiasat berhubung kegiatan perlombongan haram di Pahang yang didakwa menyebabkan negeri itu kehilangan pendapatan hampir RM5 juta.

Sebelum ini, insiden yang serupa terjadi kepada mendiang bekas ahli DAP, Teoh Beng Hock yang ditemui mati akibat terjatuh di luar pejabat suruhanjaya itu di Shah Alam pada tahun 2009.

- Advertisement -

Seorang lagi ialah pegawai Kastam Ahmad Sarbani Mohamed pada 2011, yang juga meninggal dunia akibat terjatuh di pejabat SPRM di Kuala Lumpur.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img