spot_img
spot_img

LHDN lakukan serbuan ke rumah Setiausaha Agung PN

spot_img

KUALA LUMPUR, 15 Jun — Pegawai cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menyerbu rumah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin,  pada Selasa lalu.

(Datuk Seri Hamzah Zainuddin – Ahli Parlimen PN Larut)

- Advertisement -

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Razali Idris mengesahkan serbuan yang dilakukan terhadap Hamzah, yang juga setiausaha agung Bersatu.

Portal berita The Star melaporkan sumber sebagai berkata bahawa Hamzah berada di rumah ketika serbuan dilakukan, kerana dipercayai pemimpin berkenaan mempunyai pendapatan yang didakwa gagal diisytiharkan oleh bekas menteri dalam negeri itu. Fail dan dokumen mengenai akaun dan pemilikan aset telah dirampas.

Hamzah mengecam serbuan itu sebagai penganiayaan politik, dan menegaskan pemfailan cukainya adalah betul.

- Advertisement -

Hamzah adalah pemimpin PN terbaru yang disiasat berhubung dakwaan penyelewengan kewangan. Sebelum ini, anaknya dituduh di mahkamah di atas penyelewengan minyak masak paket bersubsidi.

Anak Hamzah Zainuddin didakwa kes minyak masak

Pengerusi PN dan juga bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah pun dibicarakan atas tuduhan rasuah dan penyalahgunaan manakala bekas ketua penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan juga telah didakwa kes rasuah di atas program Jana Wibawa oleh kerajaan PN.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img