Malaysia menyedari kepentingan usaha untuk terus menarik pelaburan berkualiti serta penghasilan produk yang tepat.
Sehubungan DBEC menyokong hasrat Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, untuk mewujudkan ekosistem yang menyokong pelaburan tepat dan memupuk pembangunan industri bagi pengeluaran produk yang berteknologi tinggi.
Ia akan menyumbang dari segi pendapatan eksport lebih tinggi, menambah nilai ekonomi negara dan secara tidak langsung membolehkan rakyat mempunyai pendapatan yang tinggi. BBEC bersetuju bahawa negara perlu menjadi pro-industri, pro-pelaburan dan pro-perdagangan.
Kerajaan telah melancarkan Platform Perdagangan Digital Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi memangkin pertumbuhan ekonomi berteknologi tinggi.
Tengku Zafrul juga menyifatkan kedua-dua aspek perdagangan dan pelaburan sebagai komponen teras terhadap pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Pada masa sama, beliau mengingatkan risiko penurunan bagi tahun ini masih ketara, termasuk susulan faktor berkaitan ketegangan geopolitik, kekurangan makanan, ketidakstabilan kewangan akibat dasar monetari lebih ketat dan peningkatan paras hutang.
Justeru, satu penyelesaian jangka panjang utama adalah untuk memastikan Malaysia dapat mengeluarkan lebih banyak produk rumit dan sofistikated bagi tujuan eksport yang dipermudahkan oleh aspek pendigitalan, automasi, robotik dan upaya lain bagi memastikan kelangsungan pertumbuhan Malaysia di masa depan.