Pada bulan April lalu, laman carian kerja Tesla itu dikemas kini dengan menawarkan beberapa jawatan kosong di Kuala Lumpur selepas beberapa minggu Tengku Zafrul mengesahkan jenama kereta elektrik itu bakal beroperasi di Malaysia kelak.
Bagi yang berminat untuk mengembangkan kerjaya dengan syarikat dari US itu, bolehlah hadir pada 17 Jun (Sabtu), 12 tengah hari hingga 4 petang, bertempat di Cyberview Sdn Bhd office Level 4, Block 3750 Cyber 8, Persiaran Apec, Cyberjaya.
(Jawatan terbuka di Tesla Malaysia)
Sementara itu, laman carian kerja Tesla telah menambah menambah beberapa jawatan baharu berbanding bulan April lalu. Antara jawatan kosong itu adalah Senior HR Partner, Parts Advisor, Vehicle Technician, Service Manager dan pelbagai lagi.
Bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan melalui laman web tersebut, pemohon perlulah memohon di laman web itu dengan memuat naik resume secara online.
Penawaran jawatan-jawatan kosong ini bagi memastikan operasi di Malaysia dapat berjalan lancar, lebih-lebih lagi penerimaan prospek pelanggan terhadap jenama Tesla semakin baik dan meluas.
Tesla meruppakan pemohon pertama inisiatif BEV Global Leaders MITI, yang mungkin memberikan beberapa konsesi pada keperluan tertentu seperti AP francais.
Syarikat yang diketuai oleh Elon Musk itu tidak bekerjasama dengan mana-mana rakan kongsi pegangan saham di mana-mana negara tempat ia beroperasi, dan pegangan saham Tesla Sdn Bhd dimiliki sepenuhnya oleh Tesla International BV.