spot_img
spot_img

Tarik subsidi kesihatan pula selepas semuanya ditarik ?

spot_img

Kuala Lumpur : Caj kesihatan sebanyak RM1 yang dikenakan klinik kerajaan antara perkara yang bakal dibentangkan dalam Kertas Putih Kesihatan di Parlimen pada 13 Jun ini menjadi topik perbualan hangat. Ada menyokong ia dinaikkan pada kadar munasabah, namun ada yang berkata ia tidak wajar.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, setakat ini caj tersebut masih dikekalkan, namun, pihaknya akan mengetengahkan semua strategi kementerian termasuk mengenai perkara itu dalam pembentangan Kertas Putih Kesihatan berkenaan.

Isu ini dibangkitkan oleh akhbar Utusan Malaysia sebelum ini yang melaporkan caj RM1 yang dikenakan klinik kesihatan kerajaan wajar dinaikkan kepada RM5 hingga RM20 kerana bayaran sedia ada disifatkan tidak masuk akal terutama ketika nilai kos rawatan semakin meningkat.

- Advertisement -

Sebenarnya kajian atau cadangan ini tidak dilaksanakan tepat pada masa. Ini kerana Kerajaan Perpaduan baharu sahaja mengambil alih tampuk pemerintahan dalam keadaan ekonomi dan politik yang tidak stabil. Semua rakyat tidak kira yang kaya atau miskin terkesan secara langsung dengan cara yang berbeza akibat ketidakstabilan itu.

Kini kerajaan dilihat tidak menjaga kebajikan rakyat. Banyak keistimewaan rakyat yang dinikmati sejak merdeka telah atau bakal hilang. Seolah-olah kerajaan hari ini tidak kreatif di dalam menjana kewangan negara. Kerajaan perlu ingat, mentadbir kerajaan bukan seperti robin hood  di mana mengambil dari yang kaya dan memberi kepada miskin. Ia sebenarnya lebih memberi kemudahan dan kesenangan kepada rakyat untuk menaik taraf lebih ramai golongan B40 kepada golongan pertengahan. Ini bermakna kerajaan juga wajib menjaga kebajikan golongan kaya yang membayar cukai dan membuka peluang pekerjaan melalui perniagaan mereka.

Kerajaan telah menarik subsidi letrik, menarik subsidi haji untuk golongan tertentu, kerajaan perpaduan juga akan mengumumkan pemansuhan subsidi minyak petrol dan diesel dalam pembentangan bajet akan datang.

- Advertisement -

https://berita-tular.com/2023/05/19/tiada-lagi-subsidi-ron95-bagi-orang-kaya-tahun-depan/

Dan kini tarik subsidi hospital kerajaan pula?

Daripada kerajaan bersusah-payah halusi subsidi kesihatan rakyat dan lain-lain kemudahan kepada rakyat, lebih baik kerajaan perhalusi hapuskan pencen ahli parlimen. Adakah kerajaan ini mahu kalah di PRN akan datang atau mahu mentadbir putrajaya hanya sepenggal ?

Negara kita begitu bertuah kerana setiap segi kita dijaga oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sejak merdeka. Tanpa dibayar upah, mereka akan datang untuk membuat pemeriksaan percuma. Ada juga masanya pegawai yang berkaitan akan menilai dari sudut kesihatan dan keselamatan persekitaran rumah kita.

Ianya jauh amat berbeza dengan negara-negara dunia ketiga yang lain. Sistem mereka tidak terurus dengan baik berbanding dengan negara kita.

Dengan keadaan situasi semasa, masyarakat, khususnya golongan kurang berkemampuan masih terkesan dengan kedudukan ekonomi negara yang tidak stabil. Tidak lupa juga golongan yang berkemampuan.

Semua golongan sebenarnya masih ‘sengsara’ akibat kenaikan kos sara hidup ekoran harga barang yang semakin meningkat.

Dengan kedudukan ekonomi tidak menentu dan kadar inflasi tinggi, ini bukanlah masa terbaik untuk naikkan caj di Klinik Kesihatan kerajaan. Kebanyakan pesakit di fasiliti berkenaan adalah terdiri daripada B40 dan pesara. Bagi golongan berkemampuan, mereka ada pilihan, mungkin kebanyakkan darinya akan ke pusat kesihatan swasta. Tetapi tidak usah meminggirkan mereka dengan bayaran berbeza jika mereka juga ingin menggunakan perkhidmatan terbaik kesihatan kerajaan.

Perkara ini harus diberi pertimbangan sebelum kerajaan membuat keputusan untuk mengenakan caj lebih tinggi.

Persoalan dari semua rakyat, data dari manakah yang kerajaan rujuk kononnya selama ini Malaysia berbelanja besar dalam sektor kesihatan?

Selama ini kerajaan Malaysia berbelanja tak sampai 2.5% berbanding KDNK untuk membiayai sektor kesihatan. Data dibawah menunjukkan bagaimana negara maju lain berbelanja dalam sektor kesihatan.

Adakah kerajaan Madani Malaysia sekarang ingin mengikut jejak langkah negara dunia ketiga seperti India atau Indonesia?

Banyak lagi negara lain boleh berbelanja lebih besar berbanding KDNK untuk memelihara kebajikan rakyat melalui kesihatannya.

Kerajaan hari ini perlu lebih kreatif dan bijak membina visi supaya negara menjadi maju, seterusnya rakyat dan negara mempunyai pendapatan yang tinggi. Kini kerajaan dilihat lemah dengan ketiadaan idea untuk memacu rakyat keluar dari belengu ‘kesusahan’ global.

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img