Johor Bahru: Tidak terkejut nombor pendaftaran terbaru Wilayah Persekutuan sekali lagi menjadi pemilik peminat nombor pendaftaran eksklusif ‘nombor 1 negara’, iaitu Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Baginda perkenan membeli dengan harga RM1.2 juta kepada kerajaan untuk memiliki FF1.
Nilai itu merupakan nilai tertinggi yang pernah dikutip oleh kerajaan untuk pendaftaran nombor plat kenderaan.
Hingga hari ini, hasil kutipan kerajaan untuk nombor siri FF telah mencecah RM35.4 juta.
Menteri Pengangkutan pagi tadi menghadap Sultan Johor dan mempersembahkan secara simbolik plat FF1 kepada baginda.
Sebelum ini baginda pernah memenangi bidaan nombor pendaftaran kenderaan F1, nombor baharu bagi Putrajaya. Baginda membida nombor kenderaan itu dengan nilai RM836,660.00
Baginda juga pernah berjaya memenangi bidaan no plat kenderaan W1N dengan harga RM 748 ribu.
Baginda juga membeli nombor pendaftaran WWW1 bernilai RM520,000 dan dipasang pada sebuah Proton Satria Neo.
Sememangnya kerabat diraja Johor terkenal dengan memiliki citarasa yang tinggi di dalam segmen permotoran.