spot_img
spot_img

Malaysia berjaya ketepikan tuntutan Sulu terhadap Sabah

spot_img

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Rayuan Perancis menolak penguatkuasaan ‘partial award’ Kumpulan Sulu semalam, memberi kemenangan muktamad kepada Malaysia untuk menegakkan kedaulatan negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata susulan keputusan mahkamah itu, ini bermakna Kumpulan Sulu tidak lagi boleh bergantung kepada keputusan salah yang dibuat di Perancis pada Februari 2022 atas apa-apa tujuan.

Katanya, Mahkamah Rayuan Paris dalam keputusannya juga mendapati penimbang tara, Dr Gonzalo Stampa itu, terkhilaf dalam bidang kuasanya.

- Advertisement -

Berikut adalah kronologi tuntutan Kumpulan Sulu

1878 – Kesultanan Sulu diwakili Sultan Jamalul Alam dan Syarikat Borneo Utara British diwakili Alfred Dent dan Gustav von Overbeck menandatangani perjanjian menetapkan Borneo Utara (Sabah) diserahkan atau disewakan kepada Syarikat British dengan ganjaran 5,000 dolar Malaya setahun.

1885 – Protokol Madrid (Perjanjian Britain, Sepanyol) – Sepanyol yang menaungi Filipina dan wilayah Kesultanan Sulu mengiktiraf pendudukan British dan melepaskan semua tuntutan ke atas Borneo Utara (Sabah).

- Advertisement -

1946 – Kesultanan Sulu menyerahkan haknya ke atas Borneo Utara (Sabah) kepada British melalui Perjanjian 26 Jun 1946

1957 – Sultan Esmail Kiram menyampaikan pembatalan surat pajakan Perjanjian 1878 kepada British, Borneo Utara diserahkan kepada British.

1961 – Pengumuman pembentukan gagasan Malaysia yang menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak dan Borneo Utara oleh Tunku Abdul Rahman.

14 September 1963 – Laporan Setiausaha Agung PBB mengesahkan majoriti penduduk di Borneo Utara dan Sarawak bersetuju menyertai Malaysia.

16 September 1963 – Pengisytiharan Persekutuan Malaysia terdiri daripada Borneo Utara, Sarawak, Tanah Melayu dan Singapura.

2013 – Susulan serangan bersenjata di Lahad Datu, Malaysia menghentikan bayaran wang serahan RM5,300 setahun kepada waris Kesultanan Sulu.

31 Januari 2018 – Firma guaman mewakili waris Sultan Sulu, memohon rundingan semula bayaran wang ihsan bawah Perjanjian 1878, failkan permohonan di Superior Court of Justice, Madrid untuk melantik penimbang tara.

22 Mei 2019 – Mahkamah Madrid memutuskan untuk melantik penimbang tara, Dr Gonzalo Stampa

19 September 2019 – Peguam Negara Tommy Thomas menulis kepada waris Sultan Sulu menyatakan rasa kesal kerana bayaran dihentikan pada 2013 selepas pencerobohan Lahad Datu, dan menambah Malaysia ‘kini bersedia dan sanggup’ membayar tunggakan dari 2013 hingga 2019 berjumlah RM48,300.

14 Januari 2020 – Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak membuat keputusan tidak memihak kepada pihak yang menuntut dengan memutuskan Perjanjian 1878 tidak mengandungi apa-apa peruntukan timbang tara.

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu juga memutuskan mahkamah Malaysia, dan bukannya mahkamah Sepanyol, yang sepatutnya menyelesaikan pertikaian yang timbul daripada Perjanjian 1878.

25 Mei 2020 – Penimbang tara, Dr Stampa mengeluarkan perintah Partial Award atas Penghakiman Timbang Tara

Februari 2021 – Mahkamah Arbitrasi Perancis merekodkan keputusan Dr Stampa bahawa Malaysia perlu bayar RM62.59 bilion (AS$14.92 bilion) kepada waris terakhir Sultan Sulu kerana melanggar Perjanjian 1878.

Jun 2021– Mahkamah Tinggi Madrid membatalkan pelantikan Dr Stampa dan memutuskan semua prosiding timbang tara serta keputusannya, termasuk Final Award adalah tidak sah, terbatal dan tidak boleh dikuatkuasakan.

September 2021 – Waris Sultan Sulu memperoleh Perintah Exequatur secara ex-parte (sebelah pihak) daripada Tribunal de Grande Instance di Paris, yang mengiktiraf ‘Partial Award’ yang dikeluarkan pada 25 Mei 2020 dan membenarkan Dr Stampa memindahkan tempat prosiding timbang tara ke Paris.

13 Oktober 2021 – Mahkamah Madrid memutuskan bahawa Partial Award on Jurisdiction yang dikeluarkan oleh Dr Stampa bertarikh 25 Mei 2020 adalah terbatal.

16 Disember 2021 – Kerajaan Malaysia mencabar Perintah Exequatur yang diperoleh secara ex-parte itu dan memperoleh perintah penggantungan daripada Mahkamah Rayuan Paris

Mei 2022 – Malaysia menghantar nota diplomatik kepada 168 negara yang menandatangani Konvensyen New York untuk makluman awal jika ada mana-mana pihak mahu membawa tuntutan mewakili waris Sultan Jamalul Kiram II atau Dr Stampa berhubung ‘Final Award’ (pampasan) kepada waris Sultan Sulu.

11 Julai 2022 – Dua syarikat subsidiari Petronas di Luxembourg dimaklumkan mengenai penguatkuasaan Final Award melalui penyerahan notis yang dikeluarkan oleh Mahkamah Luxembourg.

12 Julai 2022 – Mahkamah Rayuan Perancis membenarkan permohonan Malaysia untuk menggantung penguatkuasaan Final Award dikeluarkan Mahkamah Arbitrasi Paris.

6 Jun 2023 – Mahkamah Rayuan Perancis mengekalkan keputusan menolak penguatkuasaan ‘Partial Award’ kepada Kumpulan Sulu yang sebelum itu diputuskan penimbang tara, Dr Gonzalo Stampa pada 2020.

 

Sumber : Berita Harian

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img