spot_img
spot_img

Hanya Mahathir yang berani

spot_img

Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah berselindung atau low tone di dalam memberi pendapat atau pandangannya. Sama ada di dalam negara mahupun peringkat dunia. Mengkritik bangsannya sendiri kerana malas, hinggalah mengkritik bangsa terkuat di dunia, Yahudi di pentas antarabangsa kerana menguasai dunia secara tidak adil dan penindasan.

Perkara yang tidak berani oleh mana-mana pemimpin politik tanahair, apatah lagi rakyat biasa untuk menyentuh secara terbuka, ialah institusi di raja. Tetapi bagi Tun Dr Mahathir, beliau pernah menggesa perbincangan awam dibuat melibatkan hal ehwal dan peranan sistem raja berperlembagaan itu.

Gesaan itu dibuat dalam buku autobiografi yang dikeluarkan pada tahun 2021 lalu, Capturing Hope sewaktu membincangkan soal hubungan kaum di era Malaysia moden.

- Advertisement -

Namun, bekas Perdana Menteri dua kali itu mengakui bahawa institusi diraja adalah sebagai suatu subjek yang sukar untuk diperbahaskan, Tun Dr Mahathir berkata beliau seorang yang percayakan kepada sistem itu, tetapi perbincangan harus dibuat.

Menurutnya, Malaysia sebuah negara raja berperlembagaan dan ianya termaktub di dalam perlembagaan. Raja-raja di Malaysia mempunyai beberapa peranan, seperti juga kepimpinan politik dan rakyat.

- Advertisement -

Sudah tiba masanya untuk negara melakukan perbincangan di peringkat kebangsaan berkaitan hal ehwal raja berperlembagaan dan peranan yang sesuai, yang tertakluk ke atas raja-raja, menurut pandangan Tun Dr Mahathir

Beliau juga menegaskan bahawa raja-raja tidak patut terlibat dalam politik dan perniagaan kerana akan berlaku ketidakadilan di dalam bidang-bidang itu.

Tun Dr Mahathir telah berulang kali menegur orang Melayu kerana bersifat feudal dan terlalu mengagungkan kerabat diraja serta orang bergelar, dan ini dikatakan merupakan salah satu faktor orang Melayu tidak maju.

Katanya juga orang Melayu percaya kepada perlindungan daripada raja-raja jika ada sesuatu yang tidak kena kepada mereka.

Ini bukan perkara baharu bagi Tun Dr Mahathir. Beliau boleh dikatakan seorang negarawan yang masih hidup ketika ini yang telah melalui dua zaman pemerintahan penjajah iaitu Jepun dan British. Beliau pernah tidak bersependapat dengan Bapa Kemerdekaan Negara Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

(Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj)

Persengketaan antara Tunku dan Tun Dr Mahathir kemudian memuncak dengan pemecatan Mahathir daripada Umno. Ia berpunca daripada surat terbuka terbuka Tun Dr Mahahtir pada tahun 1969, di mana Mahathir yang mengkritik kepemimpinan Tunku dalam isu rusuhan kaum pada 13 Mei tahun berkenaan. Surat yang diutuskan Tun Dr Mahathir itu telah melukai hati Tunku Abdul Rahman dan menyifatkan sekeping surat itu telah memusnahkan khidmat dan jasa Almarhum selama lebih 17 tahun.

Tetapi akhirnya Tun Dr Mahathir adalah orang yang berada di tepi katil Tunku Abdul Rahman ketika Almarhum menghembuskan nafas terakhirnya. Ia disahkan oleh cucu Almarhum, Tunku Muinuddin Putra dan mengesahkan bahawa datuknya telah memaafkan Tun Dr Mahathir sebelum beliau dimasukkan ke hospital kerana uzur. Malah doktor yang merawat Almarhum juga turut mendapatkan pandangan Tun Dr Mahathir dalam merawat bekas Perdana Menteri pertama negara – sesuai dengan kedudukan beliau sebagai seorang doktor berpengalaman.

Satu lagi episod pertembungan Tun Dr Mahathir dengan institusi raja di Malaysia ialah penggubalan rang undang-undang menghapuskan imuniti undang-undang kerabat diraja di mana ia telah dilaksanakan pada Mac 1993. Sebelum pindaan itu dibuat, Perlembagaan memberi kuasa kepada raja-raja yang melanggar undang-undang untuk tidak didakwa oleh mahkamah jenayah melainkan jika secara sukarela ingin menyerahkan imuniti undang-undangnya. Ia berpunca selepas dua insiden serangan berasingan oleh Sultan Johor (Almarhum Sultan Iskandar) dan anak bongsunya yang berlaku pada tahun 1992.

Rujuk insiden itu di https://ms.wikipedia.org/wiki/Pindaan_1993_kepada_Perlembagaan_Malaysia

Walaupun ia digelar ‘krisis monarki’ pada negara ketika itu, namun atas ‘kebijaksanaan Perdana Menteri’, Raja-raja memberikan persetujuan mereka untuk menghapuskan imuniti yang sah, yang kemudiannya dilaksanakan pada Mac 1993.

Namun akhirnya, hubungan Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail dengan Tun Dr Mahathir menjadi rapat, walaupun dengan krisis yang berlaku antara istana Johor dan kerajaan persekutuan ketika itu. Ia disahkan oleh isteri Tun Dr Mahahtir, Tun Dr Siti Hasmah, di mana Almarhum sanggup bangun dan menghantar mereka berjalan balik ke lif setelah melawatnya yang sedang gering ketika itu. Mereka terkejut melihat Almarhum kerana sememangnya baginda hanya terlantar sahaja di katil sebelum itu. Menurut Tun Siti Hasmah, kesanggupan serta kegigihan Almarhum mengiringi Tun Dr Mahathir ketika baginda gering, menunjukkan sikap sayang dan hormat Almarhum kepada Tun Dr Mahathir. Malah Tun Dr Mahathir telah dianugerahkan pangkat “DK1” yang merupakan pingat tertinggi negeri Johor.

(Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail dengan Tun Dr Mahathir memandu kereta nasional pertama negara PROTON yang baru dilancarkan ketika itu)

Sebaliknya pula hubungan Tun Dr Mahathir dengan anakanda Almarhum, yang kini Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim (cucu Almarhum) disifatkan sentiasa ‘keruh’ dan tidak mesra.

Tun Dr Mahathir pernah mengkritik TMJ berkenaan kes penyampai radio Patrick Teoh yang ditangkap dan dituduh di mahkamah atas dakwaan menghina TMJ dan kerabat diraja di media sosial.

Tun Dr Mahathir mengkritik pendakwaan terhadap penyampai radio itu kerana di negara ini sebenarnya tiada undang-undang yang melindungi seorang putera mahkota daripada kritikan awam. Tetapi pada masa yang sama rakyat tidak boleh bercakap perkara buruk kepada raja-raja. Tun Dr Mahahtir tegas mengatakan tiada undang-undang yang meletakkan putera mahkota dalam kedudukan kedudukan tinggi melebihi undang-undang.

TMJ sering terlibat dalam perbahasan politik, jadi secara tidak langsung dirinya terbuka untuk dikritik semula. Tetapi apabila ada ‘serangan balas’, mereka pula didakwa, rujuk Tun Dr Mahathir terhadap kes Patrick Teoh itu.

Tun Dr Mahahtir juga pernah membalas TMJ dengan perkataan ‘nangoi’ (perkataan asal Kedah yang bermaksud budak mentah) dan pernah menyifatkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu sebagai seorang budak kecil yang ‘bodoh’ kerana tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Veteran politik 90-an berpegang kepada pepatah Melayu lama; raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.

Tun Dr Mahathir tidak suka namanya digunakan pada jalan atau bangunan ketika beliau hidup. Beliau juga tidak kisah apa pandangan orang lain kepadanya. Beliau percaya bahawa sejarahlah yang akan menilai kepimpinannya kepada negara kelak.

 

p/s : Kini (4 Jun 2023) Tun Dr Mahathir telah diambil keterangannya oleh pihak polis untuk membantu siasatan penularan video yang mendakwa negarawan itu telah menghina institusi diraja Malaysia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img