spot_img
spot_img

10,000 mahasiswa belajar percuma

spot_img

KUALA LUMPUR: Kira-kira 10,000 mahasiswa bagi tahun 2023 yang juga merupakan wakil pertama dari keluarga B40 mendapat pengecualian yuran pengajian sepenuhnya di semua 20 universiti awam.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled berkata, inisiatif khas yang diperoleh mahasiswa-mahasiswa tersebut juga dikenali sebagai Program Pembangunan Siswa Sulung (Sulung) yang dimulakan sejak tahun lalu.

- Advertisement -

(Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled)

Menurut beliau, program Sulung mensasarkan wakil pertama dari keluarga B40 yang berjaya diterima masuk ke universiti dan mereka sudah dikenal pasti itu akan dikecualikan sepenuhnya bayaran yuran pengajian.

“Berdasarkan maklumat dan pemerhatian Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), terdapat anak-anak daripada golongan B40 yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mahupun Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (SPTM), namun tidak berpeluang meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi akibat kekangan kewangan dan peluang.

- Advertisement -

“Perkara ini adalah sesuatu yang sangat kita kesalkan dan KPT nekad memastikan tragedi seperti ini tidak berulang lagi.

“Justeru, ingin saya umumkan adalah berkenaan dengan inisiatif (Sulung) KPT dalam memastikan wakil pertama dari keluarga B40 yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi menerima bantuan dan sokongan selayaknya,” katanya semasa berucap dalam majlis penutupan ‘Jom Masuk U’ di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM), di sini hari ini.

Setakat ini program ‘Jom Masuk U’ mendapat penyertaan lebih 50,000 sejak ia dianjurkan dan dijangka mencapai sasaran sebanyak 60,000 pada hari terakhirnya.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi itu berkata, inisiatif Sulung akan memberi implikasi kewangan keseluruhan sebanyak RM30 juta kepada semua universiti awam.

“Dengan inisiatif ini, wakil pertama dari keluarga B40 yang berjaya memasuki IPT akan dapat mengikuti pengajian tinggi dengan selesa, tenang dan berprestasi tinggi,” katanya.

Sumber – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img